CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, January 19, 2011

(^_^) Isu 3: Budi bahasa amalan di kaunter




Assalamualaikum...

Hari ini merupakan hari Rabu dan seperti minggu-minggu yang sebelumnya setiap hari Rabu saya tidak mempunyai kuliah. Jadi hari ini saya gunakan sebaik mungkin untuk berehat, membuat tugasan dan sebagainya. Hari ini saya telah meluangkan masa untuk mencari bahan di perpustakaan UPSI. Saya bersama rakan telah masuk ke bahagian tesis dan buku teks di mana bahan rujukan tersebut semuanya tidak boleh dipinjam. Tujuan saya ke situ adalah untuk meminjam buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 sebagai rujukan tugasan 'microteaching' saya. Selepas mencari buku teks tersebut saya keluar dari bilik simpanan buku tersebut dan meminta izin pekerja yang bertugas untuk mencetak/fotostat bahan bacaan tersebut. Saya mengalami masalah kerana tidak mempunyai kad untuk mencetak /fotostat buku tersebut kerana pekerja yang bertugas di bahagian bilik fotostat telah pulang. Jadi saya bertanya di kaunter pertanyaan di bahagian pintu masuk perpustakaan.

Semasa saya bertanyakan kepada pekerja tersebut, datang pula seorang pekerja/ pegawai wanita lain. Mereka melayan saya dengan sopan dan baik. Soalan saya :

" Kak, tumpang tanya macam mana saya nak dapatkan kad untuk fotostat bahan bacaan di sini?"

Kemudian, pekerja tersebut menyatakan bahawa kad tersebut hanya boleh diperoleh di bilik fotostat atau di kaunter pengawal di hadapan perpustakaan. Namun pada masa itu, pengawal dan pekerja di dalam bilik fotostat tersebut telah pulang. Kemudian, petugas wanita yang seorang lagi berkata kepada saya .

" Maaf ye dik, tak apa nanti kita akan usulkan supaya kad fotostat diletakkan di hadapan kaunter ini'.

Di dalam hati saya berkata, "kakak ini sangat baik dan prihatin". Saya teringat mengenai satu program yang akan jalankan oleh Persatuan Bahasa Melayu UPSI bersama Fakulti Bahasa iaitu "Budi Bahasa Amalan di Kaunter". Apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah saya telah banyak berurusan dengan pegawai bertugas di kaunter-kaunter pertanyaan di pelbagai agensi dan pejabat, kadang-kadang saya dilayan dengan bahasa yang kurang sopan padahal saya bertanya dengan sopan. Saya tidak menyalahkan mereka mungkin mereka penat bekerja dan melayan kerenah pelanggan, namun pada saya berbudi bahasa itu penting. Walaupun penat bekerja namun, budi bahasa perlu diutamakan.


"Budi Bahasa Budaya Kita"


Tuesday, January 18, 2011

(^_^) Isu 2: Salah faham dialek berbeza




Assalamualaikum.....

Hari ini apa yang saya ingin ceritakan adalah mengenai satu situasi yang berlaku di dalam bilik kuliah semasa kelas Semantik dan Pragmatik yang telah saya ikuti pagi tadi. Ia adalah mengenai loghat atau dialek yang dituturkan oleh seorang pelajar Kelantan di dalam kelas kami. Semasa kami diberikan rehat oleh pensyarah, para pelajar yang belum mendapat nombor giliran untuk pembentangan tugasan individu dipanggil ke hadapan untuk mancabut nombor giliran. Apa yang lucunya adalah seorang pelajar perempuan dari negeri Sarawak tersalah dengar atau keliru dengan kata-kata rakannya yang berasal dari negeri Kelantan, iaitu seorang pelajar lelaki. Pelajar lelaki tersebut berkata bahawa dia mendapat nombor giliran "64" mengikut loghat Kelantannya. Pelajar dari Sarawak mendengar bahawa pelajar Kelantan tersebut menyatakan " nampak". Pelajar Sarawak itu pun terpinga-pinga dengan jawapan yang diberikan oleh rakannya itu. Selepas itu, semasa pengajaran diteruskan. Pensyarah kami telah bertanya kepada pelajar dari Sarawak tersebut apa yang dia faham mengenai 'makna idiom' yang telah dipelajari sebentar tadi. Maka pelajar tersebut menyatakan bahawa makna idiom adalah makna yang tidak dapat diramalkan dari makna unsur-unsurnya dan kemudian pelajar perempuan tersebut mengaitkannya dengan situasinya berkomunikasi dengan pelajar dari Kelantan. Di sini saya dapat melihat bagaimana kadang-kadang 2 orang yang berkomunikasi yang menggunakan dialek yang berlainan tidak dapat berkomunikasi dengan baik/ maksud sebenar yang ingin disampaikan tidak sampai/tidak difahami atau disalahtafsirkan. Oleh itu, sebaik-baiknya sebagai seorang bakal guru atau pendidik kita perlu menggunakan bahasa baku/ standard supaya apa yang ingin kita sampaikan dapat difahami dengan mudah. Pada pendapat saya, bahasa Melayu baku/ standard harus kita gunakan semasa di bilik kuliah dan perkara ini harus ditekan oleh para pensyarah supaya dapat mendidik dan membiasakan diri bakal-bakal guru UPSI supaya menggunakan bahasa Melayu yang betul dan standard di sekolah kelak. Perlu diketahui bahawa bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam berkomunikasi. Penggunaan bahasa yang baik menghasilkan komunikasi yang berkesan.


Monday, January 17, 2011

(^_^) Isu 1: Guru adalah artis?




Assalamualaikum...

Hari ini merupakan hari pertama aku memulakan diariku. Sudah seminngu aku menghias blogku dan menambah pelbagai 'gadget' bagi mencantikkan lagi halaman blogku. Minggu ini merupakan minggu pertama kuliah. Seperti dua minggu yang lepas kelas pertama pada Isnin adalah kelas Kursus Modal Insan yang diajar oleh Dr. Azhar Bin Wahid. Sepanjang 3 minggu aku mengikuti kelas ini, aku mula memahami apa itu modal insan kerana sepanjang 3 minggu inilah Dr. Azhar banyak menekankan mengenai konsep modal insan dalam diri seseorang individu. 
Hari ini aku mempelajari sesuatu yang baru. Dr. Azhar telah memanggil beberapa orang pelajar mengenai  ciri modal insan yang perlu ada bagi seorang guru. Seorang pelajar perempuan mengatakan bahawa seorang guru  perlu menjadi 'artis'. Dr bersetuju dengan pendapat pelajar tersebut. Kata Dr Azhar pada masa dahulu guru dianggap sebagai ibubapa kepada pelajar di sekolah dan sangat dihormati. Namun, situasi pada masa sekarang amat berbeza. Tambah Dr. Azhar lagi, pada masa sekarang guru juga boleh menjadi  seperti 'artis' atau 'role model' bukan sahaja dari segi perlakuan dan perwatakan yang baik tetapi dari segi cara berpakaian. Kata beliau tidak salah sekiranya guru berpakaian yang bergaya ke sekolah. Pada pendapat saya, ada betulnya apa yang diperkatakan oleh Dr kerana kadang-kadang dari segi cara guru berpakaian sudah boleh menarik minat pelajar. Apabila seseorang pelajar tertarik kepada gurunya hanya kerana cara guru itu berpakaian, ia sudah menunjukkan bahawa pelajar tersebut meminati gurunya itu. Maka keadaan ini juga boleh mendorong minat pelajar tersebut terhadap pengajaran guru tersebut kerana dia meminati gurunya itu.

Selain itu, apa yang menarik minat saya lagi semasa mengikuti kelas modal insan pada hari ini adalah kami diminta oleh Dr Azhar untuk melukis sebiji epal di atas kertas. Selepas itu, Dr meminta seorang wakil melukis sebiji epal di atas skrin putih di hadapan kelas. Ramai yang melukis buah epal yang mempunyai daun dan tangkai yang condong di sebelah kanan serta terdapat kilatan pada epal tersebut seperti gambar di bawah:


Dr Azhar menyatakan bahawa siapa yang melukis gamabar epal seperti ini menunjukkan bahawa orang itu tidak berubah kerana lukisan buah epal tersebut sama seperti yang dilukis dan dilihat oleh mereka semasa berada di sekolah tadika. Dan apabila disuruh melukis buah epal, lukisan buah epal masih sama seperti yang dilukis pada zaman kanak-kanak dan setelah dewasa. Ini menunjukkan tiada perubahan sikap yang ditunjukkan oleh seseorang itu. Saya turut melukis buah epal dan gambar buah epal saya seperti gambar di bawah:


Dari apa yang Dr Azhar katakan dan dari apa yang saya lukis, saya dapat katakan bahawa sikap saya telah berubah antara dahulu dan sekarang. namun perubahan sikap tersebut tidaklah banyak. Saya akui bahawa pada masa dahulu saya merupakan seorang tidak yakin pada diri sendiri. Namun, sekarang keyakinan tersebaut telah semakin bertambah. Itu mungkin salah satu perubahan sikap saya. Banyak yang telah saya pelajari hari ini. Antara satu ciri modal insan yang saya pelajari adalah seseorang yang mempunyai modal insan adalah seseorang yang sentiasa ingin mengubah dirinya. Seperti saya, saya ingin mengubah diri saya menjadi seseorang yang lebih baik berbanding hari-hari sebelumnya.InsyaAllah....


Friday, January 14, 2011

(^_^) Kesibukanku




Assalamualaikum...

Erm..saya ingin bercerita sedikit mengenai kesibukan saya semester ni. Memang betul kata 'senior', semakin tinggi semester semakin banyak tugasan. Saya jenis seorang yang tidak boleh menghadapi tekanan. Apabila kepala kepala sudah berat dengan pelbagai benda, saya lebih senang menghilangkan tension saya dengan menangis. Tapi sem ni saya sudah mampu dan semakin boleh mengawal keadaan diri. Memang tidak dapat dinafikan saya semakin sibuk dengan tugasan yang berlambak-lambak dan boleh dikatakan tiap-tiap minggu setiap pensyarah akan memberikan tugasan. Oleh sebab itu, kerja saya memang tak boleh bertangguh. Kalau semester yang lepas apabila sudah dekat dengan tarikh untuk menghantar tugasan  yang telah ditetapkan oleh pensyarah, barulah saya mula menyibukkan diri membuat tugasan tersebut. Tapi semester ini tidak lagi. Perangai yang dahulunya suka membuat kerja disaat-saat akhir telah cuba saya buang.

Kadang-kadang saya mengeluh. Tetapi itu rasanya adalah perkara biasa bagi seorang pelajar seperti saya. Selain memikirkan mengenai tugasan saya juga terpaksa memikirkan persatuan. Saya merupakan salah seorang majlis tertinggi dalam persatuan. Saya memegang jawatan sebagai Ahli jawatankuasa Biro Perhubungan dan Lawatan. Boleh dikatakan bahawa persatuan kami pada sidang kali ni memang nampaknya bergerak aktif mengalahkan pelari pecut negara...hahaha. Tapi, perkara ini memang betul. Berbanding sidang yang terdahulu, persatuan memang nampak tidak bermaya/ tidak aktif. Semester kami cuba tunjukkan bahawa persatuan kami bergerak  aktif dengan pelbagai program dan aktiviti sama ada yang melibatkan ahli persatuan dan juga seluruh kampus. Dan lagi satu,  apabila penasihat persatuan sudah bertukar lagilah banyak perubahan yang dilakukan, penasihat persatuan yang baru meminta kami menukar logo dan slogan persatuan. Selain itu, bermacam-macam lagi aktiviti yang telah dicadangkan oleh penasihat persatuan. Kadang-kadang kami rasa tertekan pun ada tapi sabar jela. Jujur saya katakan bahawa saya kurang selesa dengan penasihat persatuan yang baru kerana kebanyakan aktiviti yang beliau cadangkan kalau boleh dilaksanakan secepat mungkin sedangkan kami mempunyai komitmen terhadap program yang lain yang bakal dilaksanakan oleh kami. Ini hanyalah sekadar luahan perasaan. Amanah yang diberi akan cuba saya laksanakan dengan baik.

Walaupun penasihat persatuan kami banyak merancang program baru dan menyuruh kami laksanakan program-program tersebut, namun program telah kami rancang sebelum ini tetap kami teruskan, alhamdulillah kertas kerja untuk program-program yang dirancang telah diluluskan oleh HEP, cuma perlu diperbaiki sedikit dan diperincikan lagi.  Dan yang terbaru ini, persatuan kami mengadakan jualan untuk menambah pendapatan, kami telah menjual 'ice blended'...Alhamdulillah memang laku jualannya dan InsyaAllah jualan ini akan diteruskan untuk menambah pendapatan persatuan. Diharap semua ahli persatuan, sokonglah perjuangan kami.


Sunday, January 9, 2011

(^_^) Cerita tentangku




Assalamualaikum....

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang sudi meluangkan sedikit waktu untuk melihat/ membaca atau hanya sekadar singgah untuk mengambil gadget di blogku ini...

Saya ingin bercerita sedikit mengenai diri saya. Saya lahir dan dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, mempunyai 5 orang adik-beradik dan saya adalah anak yang ke-2. Alhamdulillah, saya dibesarkan dalam keluarga yang penuh dengan kasih-sayang dan kami hidup bahagia. Inilah adalah gambar seluruh ahli keluarga saya....ayah, mak, along, saya, dan adik-adik (Iffah, Haziq dan Salleh). Gambar ini diambil ketika majlis pertunangan along dan tunangnya (kini bergelar suami).

Barisan belakang, dari kanan- Maisarah (saya), Siti Mariam (along), Azizah (mak),
Mohd Isa (ayah), Nur Salleh (adik-beradik ke-3)
Barisan hadapan- dari kana-Iffah (adik bongsu), Nur Haziq (adik-beradik ke-4)

Ayah merupakan seorang peneroka Felda manakala mak pula adalah surirumah sepenuh masa. Sejak along berkahwin dan mendapat seorang anak, kehidupan keluarga saya menjadi bertambah ceria. Terutama sekali mak dan ayahlah...merekalah orang yang paling teruja dan gembira mendapat cucu sulong. Dalam sehari tu adalah dalam 3 kali telefon nak cakap dengan cucu padahal cucunya blum pandai cakap pun...hahaha...

Bukan setakat mak ayah saya sahaja, tapi dengan saya dan adik-adik sekali memang sayang sangat kat anak buah saya tu...Nama dia Muhammad Faiq Iman. Ni gambar dia...

comelkan?

Gambar ni mase Iman baru dapat 'walker' baru..Abah die yang belikan. Along hantar gambar ni melalui MMS. Disebabkan saya jauh dari keluarga, jadi saya jaranglah dapat jumpa dengan Iman. Tapi bila dapat jumpa memang saya akan peluk-peluk dan cium Iman sampai saya puas. Lagipun saya memang dari dulu sebelum dapat anak buah ni saya memang suka budak-budak. Kadang-kadang pergi pasar malam nampak bayi yang comel  mesti rasa nak pegang dan cubit-cubit.Tak taulah kenapa suka sangat dengan budak-budak. Kadang-kadang layan keletah budak-budak boleh hilangkan segala masalah  yang berat di kepala ni.

Saya paling suka gambar Iman yang ni....muka 'seposen' sangat geram!

Sebenarnya, sebelum ni saya tidak pernah berenggang dengan keluarga. Dari sekolah tadika sehinggalah sampai tingkatan 6, saya bersekolah di kampung sahaja. Tetapi bila lepas STPM barulah saya mula berjauhan dengan keluarga sebab sambung belajar kat UPSI. Ingat lagi bila dapat tau je yang dapat sambung blaja kat UPSI,  terus telefon ayah. Rasanya mak ayahlah paling gembira waktu tu sebab mak memang suka sangat kalau anak dia jadi cikgu. Itulah salah satu saat yang paling gembira bagi saya.

Sekarang dan dekat 3 tahun saya belajar di UPSI ni, dari dulu sampai sekarang setiap kali penghujung cuti semester, tiba hari nak balik semula ke UPSI, masa tulah sedih sangat. Memang akan menangis nk berjauhan dengan keluarga. Depan mak ayah memang tak tunjuk tapi bila kereta sudah mula bergerak je pergi dari perkarangan rumah tu, mulalah air mata turun berjurai-jurai...huhuhu...sedih sangat....