CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, January 17, 2011

(^_^) Isu 1: Guru adalah artis?




Assalamualaikum...

Hari ini merupakan hari pertama aku memulakan diariku. Sudah seminngu aku menghias blogku dan menambah pelbagai 'gadget' bagi mencantikkan lagi halaman blogku. Minggu ini merupakan minggu pertama kuliah. Seperti dua minggu yang lepas kelas pertama pada Isnin adalah kelas Kursus Modal Insan yang diajar oleh Dr. Azhar Bin Wahid. Sepanjang 3 minggu aku mengikuti kelas ini, aku mula memahami apa itu modal insan kerana sepanjang 3 minggu inilah Dr. Azhar banyak menekankan mengenai konsep modal insan dalam diri seseorang individu. 
Hari ini aku mempelajari sesuatu yang baru. Dr. Azhar telah memanggil beberapa orang pelajar mengenai  ciri modal insan yang perlu ada bagi seorang guru. Seorang pelajar perempuan mengatakan bahawa seorang guru  perlu menjadi 'artis'. Dr bersetuju dengan pendapat pelajar tersebut. Kata Dr Azhar pada masa dahulu guru dianggap sebagai ibubapa kepada pelajar di sekolah dan sangat dihormati. Namun, situasi pada masa sekarang amat berbeza. Tambah Dr. Azhar lagi, pada masa sekarang guru juga boleh menjadi  seperti 'artis' atau 'role model' bukan sahaja dari segi perlakuan dan perwatakan yang baik tetapi dari segi cara berpakaian. Kata beliau tidak salah sekiranya guru berpakaian yang bergaya ke sekolah. Pada pendapat saya, ada betulnya apa yang diperkatakan oleh Dr kerana kadang-kadang dari segi cara guru berpakaian sudah boleh menarik minat pelajar. Apabila seseorang pelajar tertarik kepada gurunya hanya kerana cara guru itu berpakaian, ia sudah menunjukkan bahawa pelajar tersebut meminati gurunya itu. Maka keadaan ini juga boleh mendorong minat pelajar tersebut terhadap pengajaran guru tersebut kerana dia meminati gurunya itu.

Selain itu, apa yang menarik minat saya lagi semasa mengikuti kelas modal insan pada hari ini adalah kami diminta oleh Dr Azhar untuk melukis sebiji epal di atas kertas. Selepas itu, Dr meminta seorang wakil melukis sebiji epal di atas skrin putih di hadapan kelas. Ramai yang melukis buah epal yang mempunyai daun dan tangkai yang condong di sebelah kanan serta terdapat kilatan pada epal tersebut seperti gambar di bawah:


Dr Azhar menyatakan bahawa siapa yang melukis gamabar epal seperti ini menunjukkan bahawa orang itu tidak berubah kerana lukisan buah epal tersebut sama seperti yang dilukis dan dilihat oleh mereka semasa berada di sekolah tadika. Dan apabila disuruh melukis buah epal, lukisan buah epal masih sama seperti yang dilukis pada zaman kanak-kanak dan setelah dewasa. Ini menunjukkan tiada perubahan sikap yang ditunjukkan oleh seseorang itu. Saya turut melukis buah epal dan gambar buah epal saya seperti gambar di bawah:


Dari apa yang Dr Azhar katakan dan dari apa yang saya lukis, saya dapat katakan bahawa sikap saya telah berubah antara dahulu dan sekarang. namun perubahan sikap tersebut tidaklah banyak. Saya akui bahawa pada masa dahulu saya merupakan seorang tidak yakin pada diri sendiri. Namun, sekarang keyakinan tersebaut telah semakin bertambah. Itu mungkin salah satu perubahan sikap saya. Banyak yang telah saya pelajari hari ini. Antara satu ciri modal insan yang saya pelajari adalah seseorang yang mempunyai modal insan adalah seseorang yang sentiasa ingin mengubah dirinya. Seperti saya, saya ingin mengubah diri saya menjadi seseorang yang lebih baik berbanding hari-hari sebelumnya.InsyaAllah....


2 comments: