CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, August 28, 2011

:: Sedih, gembira, teruja???::



Assalamualaikum....

Rindu wajah-wajah riang anak-anak SMKS3. Siapa tahu??? Mungkin pertemuan yang hanya 4 bulan di sekolah ini merupakan permulaan perjalanan aku di SMKS3....Mungkin aku bertemu jodoh di sekolah ini bila aku dipostingkan nanti....semua itu ketentuan Allah....Banyak pengalaman manis yang aku dapat di sekolah ini. Sekolah ini banyak mengajar aku erti kehidupan sebagai seorang guru....Sekolah ini banyak mengajar aku erti kesabaran dan TIDAK HIPOKRIT....Bagaimana diri aku sebelum ini begitu jugalah yang aku pamerkan keadaan diri aku yang sebenar di hadapan murid dan guru-guru di sekolah ini.....Itulah diri aku...seorang yang periang dan suka tersenyum....perangai aku mmg gila-gila tapi ADA AKU KISAH!!! (heee~)

Erm sebenarnya aku sedih sangat-sangat nak tinggalkan murid-murid aku...mesti aku tak akan lupakan MULUT BECOK mereka, KENAKALAN  mereka, SENYUMAN mereka, SUARA mereka, kata-kata BODEK mereka....KEMANJAAN mereka....TULISAN HODOH mereka (hahaha-sesetangah jelah)....huhu...sedihnya nak tinggalkan....aku semakin sayang dengan mereka...Ni aku ada pesanan untuk mereka...

Pesan cikgu:
  • Jangan nakal-nakal 
  • Senyum selalu
  • Belajar rajin-rajin
  • Yang Islam, jangan lupa solat 5 waktu (jangan tinggal)
  • Dengar cakap guru dan hormati guru
  • Sentiasa dapatkan A untuk subjek BM....dan subjek lain... 
  •  Jangan lupakan cikgu
  • Jaga kelakuan, jaga akhlak.... 
  • Kalau ada masa contact cikgu  (sms, chat, video call, voice call, ym) mane2 lah! hee

Monday, August 15, 2011

:: Hidup Semakin Terhimpit ::



Assalamualaikum....

Petang ini aku rasa ingin menulis sesuatu yang membuatkan hati dan fikiranku runsing...Orang kata kalau ada wang hati pun senang...memang betul....Aku tahu hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi aku menghabiskan praktikumku di SMKS3...Kewangan menjadi masalah utamaku sekarang ni....Memang sepanjang praktikum ni aku memerlukan wang yang banyak...Bukan untuk aku berjoli membeli kehendak diri yang sememangnya tidak penting...Tetapi wang itu aku belanjakan untuk keperluanku....Sepanjang praktikum ni sudah banyak wang mak ayah aku habiskan...Wang yang aku dapat aku gunakan sebaik mungkin....untuk makan, beli keperluan alat bantu mengajar...isi minyak motor dan untuk perkara yang aku rasakan benar-benar penting...Aku tak gunakan wang untuk membeli baju baru, tudung baru...kasut baru...beg tangan baru...bukan itu yang aku beli..Bukan!!!!

Memang begitu sempit dan terhimpitnya kehidupan aku di sini...Susah senang hidup aku di sini hanya teman susah senangku sahaja yang tahu....Norehsan Arif Bin Mohammad Yusop...Selama ni kami berkongsi susah senang bersama...bermula dari sem 1 sehinggalah sekarang...hanya dia insan yang paling dekat dan sedia menemani aku tak kira aku sedang sedih atau gembira...susah atau senang...Terima kasih abang.....Macam-macam dugaan yang kami lalui yang orang lain tak tahu....Nampak macam kehidupan kami senang...mampu  membeli kereta tapi kami beli kereta (Viva) tu pun sebab fikir masa depan...kami tak mahu wang biasiswa yang kami dapat secara percuma dihabiskan macam tu sahaja...kalau boleh kami mahu wang tersebut digunakan untuk sesuatu yang memberi kemudahan dan memberi manfaat kepada kami....Dengan adanya kereta tu kami boleh balik ke kampung halaman tanpa menyusahkan mak ayah untuk menjemput...Serius..bayaran bulanan kereta tu pun memang kami bayar menggunakan wang biasiswa yang kami dapat....bukan mak ayah kami yang bayar...Kami memang berazam untuk menggunakan wang sendiri...Lagipun kami membeli kereta tu atas persetujuan kedua-dua keluarga...Kereta itu dibeli atas nama ayahku dan bantuan abang Ehsan...

Sememangnya aku bukan dari keluarga yang senang...Apa yang menyedihkan, sepanjang praktikum ni wang biasiswa kami tidak dibayar mengikut bayaran yang sepatutnya...kehidupan aku bertambah sesak...Nak tak nak terpaksa aku meminjam wang daripada mak ayah aku...Tapi aku dah berniat dalam hati aku akan bayar balik wang yang aku pinjam dari mak ayah aku secepat mungkin...aku tahu mereka dah banyak berhabis wang untuk aku...dan aku tahu apa yang telah mereka beri takkan mampu aku balas sampai aku mati...Tapi Ya Allah, izinkan aku melihat dan menunaikan hasratku untuk melihat mak dan ayahku merasa duit hasil titik peluhku....untuk kesenangan mereka...



 Keluarga yang amat aku sayangi

Teman susah senangku (kekasihku-Ehsan)

Dan satu lagi sepanjang praktikum ni...alhamdulillah aku dikurniakan kawan yang amat memahami kesusahanku, Noor Aidah Bin Mohammad atau lebih senang dipanggil Aida...Susah senang kami bersama....Macam-macam dugaan yang kami terpaksa tempuhi sepanjang praktikum ni....Kehidupan kami memang sama-sama susah sebab kami bukan dilahirkan dari keluarga yang senang...tapi dari keluarga yang berpendapatan sederhana...Nak tahu apa pengalaman aku dan sahabatku ini...(roomateku)???

Kami ke sekolah menaiki motorsikal...Kalau hujan, kalau moto rosak cmne??? Ermmm...kami pernah lalui tu semua...Kami pernah berjalan kaki dalam kepanasan kerana motor rosak...Pernah juga dihantar oleh jiran kerana masalah yang sama..Nasiblah kami diberi jiran (sebelah kanan) yang baik...Kalau hari hujan kerisauan mula melanda...semua itu kami lalui dengan tabah dan kami anggap itu semua satu pengalaman yang orang lain takkan dapat merasainya....


Sahabatku, Aidah.....

Ke mana-mana kami pergi dengan motor yang satu tu (Nouvo)..Dalam kesesakan lalu lintas..di tengah-tengah bandar...Pernah di hon oleh kenderaan lain...banyak kali...Kami memggadaikan nyawa kami semata-mata mahu menghabiskan praktikum...Misi kami hanya satu...mahu menggalas tugas sebagai seorang guru praktikal dengan sabar dan tabah....Memang itu semua satu pengalaman yang berharga...


Inilah moto yang selalu dibawa ke mana-mana sepanjang praktikum (Jasamu kukenang)

Apa lagi masalah yang kami hadapi.??..printer rosak?? Itupun pernah kami alami...Pada kami sepanjang praktikum ni..moto dan printer adalah harta kami yang paling berharga.....masa printer kami rosak tu kebetulan pensyarah kami mahu datang menyelia...Alangkah susahnya hati kami...macam manalah nak sediakan bahan untuk pengajaran semasa diselia nanti...Tetapi alhamdulillah...dengan bantuan pakweku sekali lagi (Ehsan)...Dia dan rakan-rakan serumahnya (Fazil, Fawiz, Hafiz, Iqbal, Imran, Sidi dan Johnstone) membenarkan kami meminjam printer mereka...dan terima kasih kerana kalian juga telah membawa aku dan Aida berjalan-jalan menenangkan hati yang duka lara pada malam itu (Misi menjejak kubu A Famosa)...Alhamdulillah Ya Allah kerana aku dikurniakan para sahabat yang baik...Terima kasih sahabat......Tidak lupa bukan rakan serumahku yang sudi mendengar keluh kesah hatiku (Didi, Tiqa, Pija, Ayu dan Aini)...Kenangan bersama kalian sepanjang praktikum ni tidak akan aku lupakan...

~Terima Kasih Ya Allah....Walau DUGAAN yang KAU beri namun aku tetap bersyukur kerana KAU turut memberikan aku satu ANUGERAH (keluarga dan sahabat yang baik)...Alhamdulillah~




Sunday, August 14, 2011

:: Sakit / Kesian ::



Assalamualaikum....

Pagi ni aku pergi Klinik Kesihatan Senawang temankan Ehsan....Sian dia demam.....Pagi ni dia tak pergi sekolah...Amik MC....Kul 7.30 pagi dia mesej minta teman dia ke klinik....Dia kata nak pergi jam 9...Jadi jam 8 aku mandi, basuh baju sekali...Sejuknya! Biasa sekolah petang mandi lambat...Ni nak kena mandi pagi-pagi  plak...Tapi tak apa...demi orang tersayang....Ceh,...

Kat klinik tu lama jugaklah tunggu dia...Dia masuk bilik nombor 8...Aku tengok orang da keluar masuk bilik tu lepas giliran dia, tapi dia tak keluar-keluar....Tiba-tiba satu mesej kat telefon aku masuk......Rupanya Ehsan mesej...Ceh..dalam bilik Dr sempat lagi mesej aku.....Apa mesejnya??

Dia suh aku tunggu...dia kena masuk gas.....Ooooo....aku pun balas 'okey'...

Masa tunggu dia, aku nampaklah seorang Cina ni dengan anak dia sedang berborak dengan orang India (suami isteri)....Tiba-tiba terlintas satu pertanyaan kat fikiran aku...mereka guna bahasa apa yek??? (Kang kalau guna bahasa Tamil, Cina tu mungkin tak faham...kalau guna bahasa Mandarin plak, kang India tu pula tak faham..hehehe)...Dengar punya dengar, mereka guna bahasa Melayulah!!!...biasalakan....Tengok berapa luasnya penggunaan bahasa Melayu...Tapi yang sedihnya kadang-kadang orang Melayu sendiri sudah malu menggunakan bahasa Melayu sendiri...lebih mengagung-agungkan bahasa Inggeris....Kesiankan...Orang bangsa lain pun berborak tak guna bahasa Inggeris tapi guna bahasa Melayu....Kita ni sepatutnya memartabatkan bahasa Melayu supaya ia menjadi bahasa yang akan kekal dan luas penggunaannya di seluruh dunia....!!! Yaah!!!!!


:: Masak memasak ::


Assalamualaikum.....

Petang-petang ni  tak buat  apa-apa, tiba-tiba rasa nak masak pulak...Hobi aku salah satunya memasak...(kalau nak tahulah..hehe)...Aku memang suka masak...Kalau tiba-tiba rasa nak makan sesuatu aku pun masaklah...Tapi kadang-kadang makanan yang aku tak pernah masak, perkara pertama yang aku buat adalah telefon mak aku.... Buat apa telefon mak??? Laaa, sebab nak tanya maklah nak masak makanan tu macam mana..hehehe...Mestilah kene tanye sifu!!!! Baru menjadi....Apa-apa pun, masakan mak "is the best"...kan??

Harini aku masak kuih WADEH...kawan sebilik aku Aidah panggil MAGELEK...Itulah katanya...Tapi aku memang biasa panggil wadeh je....Jadi, harini dengan penuh kerajinan aku pun masaklah kuih ni...Memang jadi !! Walaupun pertama kali buat...Sedap!! Rangup!! Aku wat kuih ni sebab pakwe aku suka makan...(Ehsan)...Kalau dia duk umah, mak aku masak ni banyak dia makan...Dia memang suka...

Harini aku buat wadeh memang banyak...separuh lagi aku bagi kat Ehsan....Biar dia goreng sendiri...Untuk buka puasa ...Nak goreng dulu takut da sejuk tak syok!!! Makan panas-panas barulah sedap!!!!! Ni aku sertakan gambar kuih wadeh yang aku masak.....



Rupa memang hodohkan??? Ah! Rupa tak penting, yang penting rasa....Aku makan sedap je..Ceh, puji masakan sendiri...Habis kalau tak puji sapa lagi nak pujikan....Tapi apa-apa pun housemate aku (Didi) cakap sedap!! Heeee~ ....


Saturday, August 13, 2011

:: Puisiku Cipta Untukmu ::



Assalamualaikum...

Malam ni rasa mahu menulis puisi lah pulak....Ku tujukan puisi ini untuk anak-anak murid yang kusayangi 2UM dan 1 UKM.....
Puisi untukmu:

Anakku...
Andai bisa kau mendengar suara hatiku...
Aku ingin kau tahu, hati ini semakin menyayangi kalian...
Bakti dan keringat yang kucurah...
Bukan untuk meminta balasan dan ehsan...

Kadang-kadang jasadku di hadapanmu tidak kau endahkan...
Ucapanku tidak kau dengarkan.....
Bukan hukuman yang kuberikan jika kau degil...
Bukan cacianku berikan jika kataku kau tak endahkan...
Tapi ku hanya menitip doa agar kau berubah....

Anak-anakku...
Aku mahu kau tahu bukan senang menjadi seorang guru...
Mendidik anak bangsa yang selalu leka....
Tanggungjawab kalian selalu dilupa....
Setiap hari ada-ada sahaja....
Buku ke mana? 
Kerja diberi selalu lupa...
Di dalam kelas selalu alpa...

Ingat anakku....
Aku juga sepertimu dahulu...
Pernah menjadi muda....
Jadikan masa mudamu masa yang penuh bermakna....
Agar satu hari kau menjadi insan berjaya...


P/S: Masa kita bersama akan berakhir. Kalian akanku tinggalkan....
Ketiadaanku nanti ku berharap segala ilmu yang ku berikan akan kalian gunakan sebaik mungkin...
Perjalanan kalian masih panjang...Berusaha menjadi yang terbaik...bukan untukku tetapi untukmu....


~Cikgu sayang kalian....akan merindui ...Itu pasti!!!!~



Friday, August 12, 2011

:: Belum terlambat rasanya ::



Assalamualaikum.....

Hari ini da masuk hari ke-13 umat Islam berpuasa....Rasanya tak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam, terutamanya buat keluarga dan insan-insan yang aku sayangi....Moga RAMADHAN kali ini memberi 1001 makna dan keberkatan buat kita semua....

Sayang mak, ayah, along, adik-adikku (Salleh, Haziq, Iffah), anak buah kesayanganku (Iman) serta tidak lupa buat insan peneman hidup susah senangku (Norehsan Arif) juga buat kawan-kawanku terutamanya (Aidah)...Semoga Ramadhan kali ini dapat disempurnakan dengan penuh keberkatan dan keredhaan dari-Nya...InsyaAllah.....

~Salam Ramadhan Al-Mubarak semua...~



:: Kisah disuatu Malam ::


Assalamualaikum...


Satu malam tu aku dan kawan-kawan pergi beronggeng-ronggeng ke Melaka...Ceritanya begini:

Pagi tu aku dan teman sebilikku duduk di rumah melayari internet....Tiba-tiba terdengarlah orang memberi salam...Ada la beberapa orang lelaki ni yang 'bajet gentleman' datang rumah serang-serang....Hanginlah satu badan...Disebabkan meluat tinggal di rumah yang dikelilingi jiran yang 'bajet' maka aku pun dengan senang hati menerima pelawaan sahabat-sahabat yang ingin beronggeng-ronggeng ke Melaka....
Apa lagi bila dapat je 'call', terus setuju...Yeay!! Dengan 'express'nya aku dan Aidah bersiap-siap...Kami sampai di Melaka kul 11 lebih...Singgah di rumah sepupu 'member' (YB Fazel) makan durian...Belasah cukup-cukup!!!!

Ni la gambar kami makan durian:
 Makan! Makan!Jangan tak makan! Orang kata rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari..hehehe


Lepas tu kami pun mengangkat punggung berganjak dari situ terus ke jeti...Jalan-jalan, amik gambar jap pastu terus melawat A Famosa.....Nak tau apa yang kami buat di sana??? EXERCISE !!!! Malam-malam buta!!!! hahaha...Jauh bebenor berjalan semata-mata nak gi kota A Famosa padahal beberapa tapak je da boleh sampai!!! Punyalah sengal ikut jalan jauh!!! Ni Si YB Fazel punye kejela...Jadi pemandu pelancong yang tak bertauliah betul...
Masa jalan-jalan tu sepanjang jalan tak habis-habis snap picture....Paling menarik bergambar kat bangunan-bangunan sejarah...yang dah lama....Nak dipanjangkan lagi cerita, semasa berjalan tu tiba-tiba Si YB Fazel terpandanglah kawasan di sebelahnya...Mak aiii!!!! Kubur!!!! Kecut perut ah...Fazel memang nampak takut gila r time tu...Aku pun sama!!! Hahaahaa....

Inilah gambar-gambar sepanjang lawatan ke Melaka... 

Di Kota A Famosa
  

Posing tepi laut
 

Sepanjang malam tu aku rasa 'happy'...tak rasa penat pun..memang seronok...Aku rasa, aku , Aidah macam excited terlebih malam tu..heheheh....Papepun malam tu memang seronok...Kalau ada masa nak pergi lagilah....Yeay!!!!! Dah, cukup setakat itu nak cerita....

Best regards,

Thursday, August 11, 2011

:: Tak Kenal Maka Tak Cinta ::

Assalamualaikum....

Rasa terpanggil untuk menulis diblog....Susah lama tidak menjenguk dan meng'update' blogku ini....Rasa terpanggil menulis rasa hati, luahan perasaan yang sedih tatkala melayari sisa berbaki 2 minggu sebagai guru di SMKS3....Sekolah yang begitu happening pada aku....

Tinggal lagi 2 minggu sahaja keberadaan aku di SMKS3...Aku rasa mula menyayangi dan disayangi...perasaan itu indah...mata melihat, telinga mendengar..hati berkata-kata ...mendengar gelak tawa celoteh mereka membuat hati terusik...melihat senyuman dari mereka hati tersentuh....hati mula berbicara....masa sedang mencemburui kita wahai anak-anakku.....

Sepeninggalan cikgu nanti...jujurlah, berbaktilah pada diri....jadikan dirimu seorang anak didik yang berjaya....
Banyak kenangan yang cikgu dapat semasa berada di SMKS3....pengalaman yang tidak akan dilupakan kerana kalian adalah anak-anak didik pertama cikgu.....

Pesan cikgu:
Jadilah anak murid yang baik...
mendengar kata...
Sopan dan baik budi bicara...
Sentiasa menjaga tertib dalam pergaulan...
Hormatilah guru...
InsyaAllah ilmu yang diberi akan diberkati Allah S.W.T...

~Cikgu sayang kalian~





Antara gambar-gambar kenangan di SMKS3:



Kita harus selalu tersenyum ya!!!


P/S: Kenangan ini satu kenangan yang indah...ku tidak akan bisa melupakan.....akan ingat selamanya!!!






Tuesday, May 24, 2011

:: Dunia Baru ::

Assalamualaikum....

Dah 3 minggu aku menjalani praktikum di SMKS3....Perasaan??? bercampur baur...seronok ade TAK seronoknya pun ade.... biasAla perangai pelajar-pelajar sekarang...ada yang ok, ada yang tak ok...ade yg  dengar kata ada yang wat suka sendiri jew....Apa pun xbleh!!!!!!!!!

Apa-apa pun, pengalaman jadi guru yang sebenar, mengajar murid-murid satu pengalaman yang menyeronokkan dan pastinya MENCABAR!!!!! Aku harap, anak murid aku satu hari nanti akan jadi pelajar yang berjaya.....yang malas nak belajar tu berubahlah....

P/S: Tak kenal maka tak chenta...
Mengambil waktu dan ruang untuk mengenali mereka dengan lebih akrab...
Ya...lebih akrab!!!
Akan ku coba memahamimu.....!!!





Thursday, March 17, 2011

(^_^) Situasi 40: Colgate




 Assalamualaikum….
Tertarik rasanya hati ini untuk mengulas mengenai satu isu yang pada saya amat menarik untuk diperkatakan. Ia semacam sudah menjadi satu kebiasaan bagi kita menyebut perkataan tersebut. Apa yang ingin saya utarakan disebabkan berlakunya satu situasi yang berlaku apabila saya keluar bersama rakan untuk menemaninya membeli barang keperluan di pekan.
Kawan saya telah mengajak saya ke pekan. Jadi saya pun bertanyalah kepadanya akan tujuannya ke pekan. Berikut merupakan perbualan antara kami berdua:

Saya: Ko nak ajak aku gi pekan watpe?
Rakan: Aku nak beli barang sikit. Sambil-sambil tu nak gi bank nak masukkan duit untuk adik aku.
Saya: Ooo…ok….

Petang itu kami telah sama-sama ke pekan dengan menaiki bas dari kolej ke kampus dan kemudian menaiki bas dari kampus ke pekan. Sampai sahaja di pekan, kami telah pergi ke sebuah pasaraya iaitu Grand Union.

Saya: Ko nak beli barang apa? Biar aku tolong carikan.
Rakan: Aku punya sabun basuh dah habis, aku nak beli sabun, colgate ngan biskut sikit.
Saya: Oo…

Kemudian saya pun terus berjalan membantu rakan saya mencari barang yang dikehendaki. Apabila sampai di rak ubat gigi, saya pun mencapai sekotak ubat gigi jenama colgate dan kemudian bertanya kepada rakan saya.

Saya: Ko nak colgate kayu sugi ni ke atau yang ni? (sambil menunjuk ke arah kotak colgate yang lain).Biasa ko pakai yang mana?
Rakan: Aku bukan nak yang ni. Biasa au pakai yang ni ha.

Saya: Laa…tadi ko cakap colgate. Ni bukan colgate ni fresh & white.
Rakan: Memanglah tapi memang semua ubat gigi pun aku dah biasa panggil colgate…hehe..(sambil tersenyum…


Berdasarkan situasi di atas saya melihat bahawa kebanyakan orang ramai semacam sudah terbiasa dengan sesuatu jenama barangan sehingga barang yang serupa tetapi jenamanya berlainan pun di panggil dengan  nama jenama produk yang lain. Selain ubat gigi, banyak lagi contoh produk lain yang dipanggil dengan satu jenama yang sama walaupun jenamanya berlainan. Contohnya manggie, manggie merupakan jenama makanan mee segera, mee segera sebenarnya mempunyai banyak jenama lain seperti mee sedaap, cintan, mamee dan lain-lain tetapi orang ramai tetap memanggil mee segera jenama-jenama tersebut dengan panggilan maggie. Ia sudah menjadi suatu kebiasaan memanggil jenama produk tertentu yang lebih terkenal berbanding jenama lain.