CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, March 17, 2011

(^_^) Situasi 40: Colgate




 Assalamualaikum….
Tertarik rasanya hati ini untuk mengulas mengenai satu isu yang pada saya amat menarik untuk diperkatakan. Ia semacam sudah menjadi satu kebiasaan bagi kita menyebut perkataan tersebut. Apa yang ingin saya utarakan disebabkan berlakunya satu situasi yang berlaku apabila saya keluar bersama rakan untuk menemaninya membeli barang keperluan di pekan.
Kawan saya telah mengajak saya ke pekan. Jadi saya pun bertanyalah kepadanya akan tujuannya ke pekan. Berikut merupakan perbualan antara kami berdua:

Saya: Ko nak ajak aku gi pekan watpe?
Rakan: Aku nak beli barang sikit. Sambil-sambil tu nak gi bank nak masukkan duit untuk adik aku.
Saya: Ooo…ok….

Petang itu kami telah sama-sama ke pekan dengan menaiki bas dari kolej ke kampus dan kemudian menaiki bas dari kampus ke pekan. Sampai sahaja di pekan, kami telah pergi ke sebuah pasaraya iaitu Grand Union.

Saya: Ko nak beli barang apa? Biar aku tolong carikan.
Rakan: Aku punya sabun basuh dah habis, aku nak beli sabun, colgate ngan biskut sikit.
Saya: Oo…

Kemudian saya pun terus berjalan membantu rakan saya mencari barang yang dikehendaki. Apabila sampai di rak ubat gigi, saya pun mencapai sekotak ubat gigi jenama colgate dan kemudian bertanya kepada rakan saya.

Saya: Ko nak colgate kayu sugi ni ke atau yang ni? (sambil menunjuk ke arah kotak colgate yang lain).Biasa ko pakai yang mana?
Rakan: Aku bukan nak yang ni. Biasa au pakai yang ni ha.

Saya: Laa…tadi ko cakap colgate. Ni bukan colgate ni fresh & white.
Rakan: Memanglah tapi memang semua ubat gigi pun aku dah biasa panggil colgate…hehe..(sambil tersenyum…


Berdasarkan situasi di atas saya melihat bahawa kebanyakan orang ramai semacam sudah terbiasa dengan sesuatu jenama barangan sehingga barang yang serupa tetapi jenamanya berlainan pun di panggil dengan  nama jenama produk yang lain. Selain ubat gigi, banyak lagi contoh produk lain yang dipanggil dengan satu jenama yang sama walaupun jenamanya berlainan. Contohnya manggie, manggie merupakan jenama makanan mee segera, mee segera sebenarnya mempunyai banyak jenama lain seperti mee sedaap, cintan, mamee dan lain-lain tetapi orang ramai tetap memanggil mee segera jenama-jenama tersebut dengan panggilan maggie. Ia sudah menjadi suatu kebiasaan memanggil jenama produk tertentu yang lebih terkenal berbanding jenama lain.

No comments:

Post a Comment