CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, March 16, 2011

(^_^) Situasi 28: Timba Ilmu dari Karya Agung



Assalamualaikum.....
Untuk kursus Karya Agung yang saya ambil pada semester ini, saya dan ahli kumpulan telah diberi tugasan untuk membuat ulasan dan kajian mengenai sebuah karya agung iaitu SEJARAH MELAYU/ SULALATUS SALATIN). Jadi semasa saya membaca novel tersebut, saya amat kagum melihat kebijaksanaan orang dahulu yang telah diceritakan di dalam karya ini.
Sebenarnya memang benar apa yang diperkatakan oleh Prof. Emeritus Abdullah Hassan bahawa dengan membaca karya agung kita dapat mengetahui kebijaksanaan orang dahulu. Selepas saya membaca karya agung ini, saya amat mengagumi kebijaksanaan Perdana Menteri Cina yang telah diceritakan di dalam karya agung ini. Dalam karya ini diceritakan bagaimana strategi yang digunakan oleh negeri Cina bagi mengelakkan negerinya diserang. Sebaik mendengar khabar bahawa negeri mereka akan di serang oleh raja dari negeri lain,Perdana Menteri Cina telah mengarahkan orang supaya mengumpulkan orang tua-tua yang sudah patah gigi, jarum-jarum yang sudah berkarat serta pokok yang sudah berbuah untuk di bawa ke laut bertemu dengan rombongan yang bakal menyerang negeri mereka. Apabila rombongan tersebut bertanya bahawa adakah negeri Cina masih jauh?. Maka, rombongan dari Cina pun memberitahu bahawa negeri Cina tersangatlah jauh sehingga orang muda menjadi tua, besi yang besar terhakis menjadi sebesar jarum, benih-benih yang dibawa menjadi pokok-pokok yang sudah berbuah. Sebaik mendengar cerita tersebut, maka raja yang hendak menakhluki negeri Cina tersebut membatalkan hasratnya kerana berfikir bahawa perjalanan ke negeri Cina sangat jauh sehingga mengambil masa berpuluh-puluh tahun.

Memang saya tidak nafikan, bahasa yang digunakan dalam karya-karya lama sebegini sukar untuk difahami, tetapi bak kata pepatah “hendak seribu daya tak hendak seribu dalih’. Walaupun sukar tetapi bahasanya masih boleh difahami. Pada saya, eloklah kiranya pembaca membaca karya-karya agung seperti ini kerana kita dapat menimba banyak ilmu melalui pembacaan terhadap karya-karya sebegini. Isu-isu yang dikemukan dalam karya-karya agung ini bukanlah  satu isu yang lama walaupun karya ini telah dihasilkan berabad-abad lamanya. Tetapi sebaliknya isu-isu yang dikemukan masih relevan dan masih dibincangkan sehingga sekarang contohnya isu keadilan, kekejaman dan lain-lain.

~selamat membaca~

No comments:

Post a Comment