CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, March 16, 2011

(^_^) Situasi 26: Disleksia



Assalamualaikum.....

Semasa sedang mengisi entri di blog ini, rakan sebilik saya sedang asyik menonton sebuah cerita Hindustan. Kemudian tiba-tiba saya teringat mengenai satu cerita Hindustan yang pernah saya tonton sehingga membuatkan saya menangis. Cerita tersebut bertajuk “ISHAAN”. Cerita ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang mempunyai masalah gangguan pembelajaran yang lebih dikenali sebagai ‘disleksia’. Disleksia merujuk kepada gangguan yang dialami oleh mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian, didapati bahawa mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.
Daripada cerita hindustan yang saya tonton, Ishaan merupakan seorang kanak-kanak yang mengalami masalah disleksia. Ishaan sukar untuk mengecam simbol-simbol tulisan. Selain itu, dia juga mengalami masalah dalam penulisan kerana huruf-huruf yang ditulis kebanyakannya ditulis terbalik.  Pada awalnya diceritakan bahawa Ishaan dianggap sebagai seorang pelajar yang bodoh dan sering dimarahi oleh bapa dan guru-gurunya di sekolah, namun pada pengakhiran cerita ini diceritakan  bahawa Ishaan sebenarnya seorang pelajar yang sangat kreatif kerana boleh menghasilkan sebuah lukisan yang jauh lebih cantik daripada lukisan yang dilukis oleh guru-gurunya yang sebelum ini sering memarahinya. Ishaan telah menjadi kebanggaan ibu dan bapanya. 
Daripada cerita ini, sebenarnya nilai moral yang saya dapat adalah sebagai seorang guru kita haruslah sentiasa berusaha mendidik para pelajar dan sentiasa peka terhadap masalah pelajar kita. Seperti dalam cerita Ishaan ini, Ishaan akhirnya menjadi kebanggaan orang tua dan guru-gurunya disebabkan drorongan dan sokongan seorang guru Pendidikan Seninya yang tidak jemu berusaha meningkatkan keyakinan diri Ishaan yang sudah hilang kerana sering dimarahi gurunya yang lain kerana kesukarannya belajar.
Untuk mengetahui lebih lanjt tentang penyakit disleksia ini boleh membuka laman web ini:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Disleksia


No comments:

Post a Comment