CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, March 15, 2011

(^_^) Situasi 21: Menuding jari (Sebenarnya salah siapa???)




 
Assalamualaikum…
Pada ruangan kali ini, saya ingin menceritakan mengenai peristiwa yang berlaku semasa saya sedang berhimpit-himpit menaiki bas ke PC. Kebiasaannya, saya sering pergi kuliah menaiki kereta tetapi pada hari tersebut atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa menaiki bas.
Pagi itu, saya terpaksa berhimpit-himpit dengan pelajar lain. Masing-masing sudah terlewat untuk ke kelas. Jam pada waku itu sudah menunjukkan pukul 8 pagi sedangkan masih ramai lagi yang sedang menunggu untuk ke kuliah. Tepat jam 8.06 pagi, saya  akhirnya selamat menaiki bas untuk bergerak ke PC. Ketika dalam perjalanan menuju ke PC, saya terdengar seorang pelajar perempuan merungut dengan seorang rakannya mengenai pemandu bas.

Pelajar A: Ish bas ni lambat la plak. Dah la lambat nak pergi kelas ni. Masti lecturer kita dah masuk ni. Mamposlah! Pak Cik ni lembablah plak bawak bas.

Pada pendapat saya, bukanlah salah pemandu bas itu membawa bas lambat tetapi salah pelajar tersebut yang tidak dapat menguruskan waktunya dengan baik. Dalam penulisan diari saya sebelum ini pun saya sudah banyak kali menegaskan bahawa 'budi bahasa budaya kita'. Tidak kira dalam situasi apapun, adab sopan perlu dijaga walaupun berada dalam keadaan yang tegang. Dalam keadaan seperti ini, memanglah perasaan marah itu senang timbul tetapi tidak perlulah menyalahkan orang lain atas masalah yang sebenarnya datang dari kesilapan diri sendiri. Seperti situasi pelajar tadi, dia tidak sedar sebenarnya masalah yang dihadapinya iaitu datang lambat ke kelas dan kemungkinan akan dimarahi oleh pensyarah atas keterlewatannya sebenarnya datang dari kesilapan dirinya yang tidak menguruskan masanya dengan baik. Sekiranya dia merancang masa dengan baik, sudah tentu dia tidak akan datang lambat ke kuliah. Perlu diingat bahawa, setiap tindakan yang kita lakukan selalu diperhatikan dan dinilai oleh orang lain. Tindakan pelajar tadi telah memberikan tafsiran yang buruk terhadap dirinya melalui kaca mata penilaian orang lain yang melihat dna memerhatikannya.

No comments:

Post a Comment