CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, March 16, 2011

(^_^) Situasi 22: Bahasa oh bahasa




Assalamualaikum….

Di dalam entri kali ini, saya ingin mengulas sedikit mengenai bahasa lisan dan bahasa baku. Bahasa lisan adalah bahasa kebiasaan yang kita gunakan sehari-harian manakala bahasa baku pula kebiasaannya digunakan dalam situasi rasmi. Dari segi susunan, bahasa lisan mempunyai susunan  yang lebih mudah dan ringkas manakala bahasa baku pula bersifat lengkap, rapi dan mempunyai nilai yang tinggi. Bahasa lisan kebiasaannya diucapkan secara santai tetapi bahasa baku diucapkan dengan ketertiban. Bahasa lisan juga boleh dikatakan sebagai bahasa tidak formal manakala bahasa baku pula adalah bahasa formal.
Apa yang ingin saya utarakan adalah bukannya untuk mengajak penutur berbahasa baku setiap masa tidak kira situasi walaupun ketika berkomunikasi dengan rakan sebaya, tetapi apa yang ingin saya perkatakan adalah tentang kebolehan berbahasa lisan. Saya tahu jika seseorang bercakap menggunakan bahasa baku, memang pendengar merasa agak janggal. Namun, kebolehan itu adalah sesuatu yang harus dipuji kerana ia merupakan seorang penutur jati yang berjaya memartabatkan bahasa Melayu pada tahap yang tinggi. Tetapi yang menjadi permasalahannya di sini alangkah teruknya jika seseorang penutur Melayu itu tidak boleh menggunakan bahasa lisan dalam komunikasinya. Bukanlah tidak pandai berbahasa Melayu, tetapi sikap yang tertanam dalam diri yang lebih mengagungkan bahasa lain terutama bahasa Inggeris berbanding bahasa ibundanya sendiri. Bukankah, inilah yang dikatakan seperti “lupa daratan”. Memang masih ada sesetengah orang Melayu yang berasa kekok untuk berbahasa Melayu walaupun dengan gaya bahasa lisan dan bukan disuruh berbahasa baku. Bagaimana kita ingin melestarikan bahasa baku jika dalam kalangan penutur sendiri masih merangkak-rangkak untuk menggunakan bahasa lisan? Inilah yang sepatutnya kita pandang dan fikirkan.
Pada pendapat saya, alangkah baiknya jika kita memulakan langkah melestarikan bahasa Melayu lisan terlebih dahulu terutamanya bagi penutur Melayu yang gemar berbahasa Inggeris sebelum melestarikan bahasa baku. Hal ini penting supaya dapat mengekalkan kesetiaan pengguna terhadap bahasa Melayu supaya bahasa Melayu menjadi bahasa yang akan kekal sampai bila-bila dan tidak luput dek zaman. 



No comments:

Post a Comment