CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, March 16, 2011

(^_^) Situasi 27: Kopek



Assalamualaikum....

Suatu hari, perasaan rindu pada keluarga di kampung datang tiba-tiba lalu jari mulalah mendail nombor…tut..tut…tut…

Mak: Hello…
Saya: Ha hello mak….Mak watpe?
Mak: Tengah mengemas
Saya: Mak sihat? Ayah mane?
Mak: Sihat…Ayah baru balik dari kopek lantun.
Saya: Ha…Ha…Ha…

Apabila terdengar mak berkata demikian, saya tiba-tiba terus ketawa sehingga ibu berkata bahawa anaknya ini sudah buang tabiat kerana ketawa tiba-tiba. Sebenarnya saya ketawa kerana berasa lucu selepas mendengar ayat mak. Teringat sewaktu mula-mula mengetahui bahawa perkataan ‘kopek’ mempunyai banyak makna. Salah satu maknanya adalah mengobak, mengupas atau membelah buah. Jika diikut dalam konteks dialog mak saya, maksud kopek berdasarkan konteks ayat tersebut adalah mengeluarkan lantun dari bekasnya iaitu menyamai maksud yang pertama tadi. Tetapi satu lagi maksud kopek yang saya ketahui adalah merujuk kepada ‘buah dada’…Perkataan kopek bagi maksud yang kedua inipun saya ketahui apabila mendengar jiran menggunakan perkataan tersebut dan setelah ditanya barulah saya tahu bahawa perkataan ‘kopek’ juga merujuk ‘buah dada’.

Jika dilihat maksudnya di dalam kamus dewan pula, perkataan ‘kopek’ ini mempunyai 4 makna. 2 makna sama seperti makna pertama dan kedua yang telah disebut tadi manakala 2 makna lagi merujuk kepada dompet/ peti dan satu lagi merujuk kepada wang tembaga Rusia.

No comments:

Post a Comment