CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, March 16, 2011

(^_^) Situasi 25: Sukar menyebut perkataan atau huruf (Pelat)




Assalamualaikum…

Saya ingin menceritakan mengenai pengalaman saya ketika saya berkunjung di sebuah pusat membeli-belah. Ketika sedang berjalan-jalan, saya terdengar suara anak kecil sedang berceloteh dengan ibunya, dan ibunya pula khusyuk melayan keletah anak kecilnya itu. Memanglah kebiasaannya jikalau mendengar anak kecil berkata-kata sudah tentu bunyi pelatnya kedengaran.

Anak kecil: Mama, nyanti beyikan adek keyete…adik nyak keyeta dua…
Si ibu: Adikkan dah banyak mainan ibu belikan kat rumah.
Anak Kecil: Tu aen, adek nyak keyeta polish…

Begitulah dialog antara anak dan si ibu. Memang kadang-kadang apabila mendengar keletah anak kecil membuatkan hati tercuit. Begitulah pertuturan kanak-kanak yang masih baru merangkak untuk belajar bertutur. Saya masih ingat bahawa orang kata, anak-anak boleh menjadi pelat sekiranya orang dewasa turut dan sering menggunakan bahasa pelat dengan mereka. Apabila saya terbaca mengenai kenyataan Saintis Social dan Eksekutif Unit Penvelidikan dan Pembangunan Intelek Uforia UiTM Perak, Airil Haimi Adnan, barulah saya tahu bahawa sebenarnya pelat kanak-kanak bukan berpunca daripada ajaran orang dewasa, sebaliknya perkara semula jadi yang tidak boleh dielak dan biasanya dilalui setiap kanak-kanak.

Kemudian saya terfikir pula, bagaimana dengan orang dewasa yang masih pelat menyebut sesetengah perkataan contohnya pelakon Lisa Surihani yang pelat menyebut huruf “r”…Begitu juga ada sesetengah orang dewasa yang pelat menyebut huruf ‘s’, bagaimana pula ini terjadi? Perkara ini mungkin terjadi bukan disebabkan faktor persekitaran sehingga lidah sudah terbiasa begitu tetapi pelat huruf ini mungkin disebabkan oleh gangguan pada alat pertuturan. Contohnya kesukaran untuk menyebut huruf ‘s’ dan ‘d’ disebabkan oleh lidah pendek.Selain itu masalah pelat ini juga berpunca daripada masalah saraf. Masalah saraf menyebabkan seseorang sukar untuk memebentuk lidah untuk menyebut sesuatu huruf atau perkataan. Namun, ia bukanlah menimbulkan satu masalah untuk berkomunikasi tetapi cuma menimbulkan kekeliruan apabila sesetengah huruf tidak dapat dibunyikan dengan betul.


2 comments:

  1. Assalamualaikum Cikgu Mai

    Macam-macam yang kita dengar tentang pelat si kecil tapi realitinya, menggunakan bahasa keibuan (atau 'motherese') yang keanak-anakan TIDAK akan menjadi sebab si kecil pelat hingga ke lewat usia kanak-kanak.

    Tentang sebutan huruf "r" dan "s" dan sebagainya cikgu betul di situ, ia ada kaitan dengan biologi.

    Maaf, bukan 'lidah pendek' tetapi kadangkala saiz kaviti mulut yang tidak seperti kebiasaan, langit-langit yang rendah berbanding orang lain... sampaikan kadang kala kedudukan gigi yang tak sekata pun boleh menjadi penyebabnya :-)

    Teruskan menulis tentang linguistik. Saya cemburui tulisan cikgu :o)

    -airil-

    www.teechconsult.typepad.com/gell
    www.teechconsult.typepad.com/kids

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas komennya...Saya sekadar menulis...Masih baru dalam dunia bahasa...Banyak yang perlu dipelajari...InsyaAllah...Selagi ada daya upaya, akan terus menulis...Sebenarnya catatan saya berkaitan linguistik adalah bagi memenuhi syarat kursus yang diambil semasa semester 6 iaitu kursus Sosiolinguistik...:)

    ReplyDelete