CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, March 16, 2011

(^_^) Situasi 23: Kata-kata kasar VS Kata-kata manis

 
 
 
 
Assalamualaikum….

Dalam entri kali ini saya ingin berbicara tentang satu persamaan antara kata-kata kasar dan kata-kata manis berdasarkan situasi. Persamaan yang ingin saya utarakan adalah mengenai kesan penggunaan bahasa kasar dan bahasa manis/halus dalam situasi tertentu. Tidak sedarkah anda bahawa kita kadang-kadang menjadi mangsa tipu daya iklan-iklan yang sering ditayangkan di media massa terutamanya di kaca televisyen. Memang iklan banyak menaburkan janji manis yang kadang-kadang kita sebagai insan yang berpengetahuan dan terpelajar juga menjadi mangsa tipu daya. Contohnya melalui penjualan produk kecantikan. Bermacam-macam produk kecantikan ditawarkan namun bukan semua yang boleh dipercayai seperti kata pepatah “Indah khabar dari rupa”.
Selain itu, skim cepat kaya merupakan contoh yang paling utama. Kita lihat betapa ramai golongan terpelajar tertipu dengan skim cepat kaya. Dengan hanya berbekalkan “modal air liur’ dan sedikit bukti-bukti yang dibuat-buat, dengan mudah boleh memperdayakan orang ramai. Realiti sekarang amat pelik, hanya berbekalkan modal air liur sudah mampu mendapatkan wang. Mudah sahaja! Hanya bercakap dan mengeluarkan kata-kata yang manis, beribu-ribu wang boleh diperoleh! Adakah mahu dikatakan manusia zaman sekarang bodoh walaupun berpelajaran? Contoh lain adalah dalam soal percintaan. Betapa ramai wanita di luar sana tergadai maruah dan kesucian diri hanya kerana kata-kata manis/halus seorang lelaki.
Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa ‘Mata pena lebih tajam daripada mata pedang’. Mata pena yang dimaksudkan bukan sahaja hasil tulisan tetapi juga percakapan. Kadang-kadang tajamnya kata-kata yang digunakan boleh mengguris perasaan dan kadang-kadang boleh menipu daya orang lain.  Kadang-kadang kata-kata manis ini ketajamannya boleh membuatkan orang lain terpedaya dengan mudah. Jikalau kata-kata kasar boleh menyinggung dan menyakitkan hati orang lain ibarat sakitnya dihiris pisau tetapi kata-kata manis juga boleh mengundang kesakitan dan kemudaratan. Bayangkanlah jika kita ditipu oleh kata dan janji manis orang sehingga menyebabkan maruah/ wang tergadai, sudah tentu akan mengundang kesengsaraan dalam hidup kita. 
          Pada pendapat saya, yang berbezanya di sini adalah kata-kata kasar sememangnya dapat difahami dengan maksud tersurat dan kesannya akan menyinggung perasaan orang lain secara serta merta tetapi kata-kata manis yang palsu pula mempunyai maksud tersirat disebalik kata-kata tersebut dan kesannya pada peringkat awal memanglah akan menyenangkan hati orang lain tetapi untuk jangka masa akan datang ia akan mengundang padah. Oleh itu, saya ingin menasihatkan supaya kalian berhati-hati dengan “buah bicara” seseorang, walaupun nampak halus dan lembut tetapi di sebaliknya kita tidak tahu, ibarat kata pepatah “Ada udang di sebalik batu”. Renung-renungkanlah….


No comments:

Post a Comment