CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, March 5, 2011

(^_^) Situasi 19: Minta sedekah




Assalamualaikum.....

Semasa saya sedang mendengar sebuah rancangan radio iaitu Hot FM, saya ada mendengar sebuah iklan yang diperdengarkan di stesen radio tersebut iaitu iklan mengenai "minta derma". Iklan tersebut menunjukkan sikap masyarakat kita yang tidak beradab sopan terhadap peminta derma. Dialognya begini:

Peminta derma: Abang saya nak minta derma untuk anak yatim.
Pemuda: sibuk jelah, nah! amik seringgit ni main jauh-jauh.

Walapun kita tahu bahawa ada dalam kalangan peminta derma terutamanya kanak-kanak merupakan mangsa sesebuah agen yang menggunakan mereka untuk mencari wang, dan walaupun kita tidak selesa dan suka kepada peminta derma tetapi janganlah kita bersikap kurang sopan. Memanglah kadang-kadang kehadiran mereka kurang menyenangkan, apatah lagi jika kita berjalan di pasar-pasar malam ada sahaja orang-orang yang meminta derma di sana sini. Tetapi janganlah menunjukkan ketidaksenangan kita tu di hadapan mereka. Lagi pula, bukankah jika kita menderma, kita akan mendapat pahala. Jadi kalau mahu menderma, biarlah ikhlas. Walaupun seringgit tapi biarlah dengan hati yang ikhlas dan jangan berkasar kepada mereka (peminta derma). Kalau kita beri derma pun, tapi semasa memberi kita merungut-rungut dan marah-marah sudah tentulah pahala menderma tu kita takkan dapat. Betul tak?
Jadi, fikir-fikirkanlah. Layanlah peminta derma ini dengan sopan dan berbudi bahasa. Budi bahasakan budaya kita.





Burung serindit terbang melayang,
Mari hinggap di ranting mati,
Bukan ringgit di pandang orang;
Budi bahasa rangkaian hati.


No comments:

Post a Comment