CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, February 21, 2011

(^_^) Situasi 18: Adab berbahasa, tidak kira situasi apapun.




Assalamualaikum..

Hari ini apa yang ingin saya ceritakan mengenai pengalaman saya pada malam tadi. Lebih kurang pukul 11 malam ketika saya sedang leka membuat tugasan, tiba-tiba kedengaran bunyi bising. Bunyi tersebut adalah bunyi hon kenderaan pelajar-pelajar UPSI yang datang ke Khar secara beramai-ramai menaiki motosikal dan kereta. Maklumlah sekarang di UPSI sedang berlangsungnya Pilihanraya Kampus. Maka ramailah mahasiswa dan mahasiswi yang begitu bersemangat turun padang bersama-sama bagi mengadakan rapat umum. Suasana menjadi hingar-bingar dengan sorakan calon, wakil calon dan penyokong-penyokong calon yang bertanding.
Semasa semua yang terlibat berarak dan bersorak, tiba-tiba saya terdengar suara perempuan menjerit dari blok 3, Khar.

Oiii....diamlah! bising ! tak tau ke orang nak tido! (dengan nada yang kuat)

Saya rasakan pilihanraya kampus kali ini begitu meriah dan semangat. Masing-masing cuba bersaing menegakkan manifesto masing-masing. Malahan mereka sanggup bertikam lidah memburuk-burukkan lawan mereka. Adakah ini satu sikap yang elok? Inilah dikatakan 'demam pilihanraya". Sanggup menggadaikan keperibadian bangsa Melayu sebagai bangsa berbudi sehingga tidak tahu lagi bagaimana cara untuk "beradab sopan". Tidak eloklah kita bertikam lidah, mengeluarkan kata-kata yang kesat kerana kita semua adalah bakal pendidik. Punya pekerti, punya adab sopan, punya semangat muhibbah. Bagaimana ingin menjadi pemimpin, bagaimana ingin menjadi wadah saluran suara mahasiswa/wi jika diri sendiri tidak terpimpin dan saling bertikam lidah. Ia menunjukkan kepada kita bahawa peribadi sebegitu tidak

No comments:

Post a Comment