CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, February 12, 2011

(^_^) Situasi 9: Kesalahan bahasa lagi?




Assalamualaikum....

Pada malam jumaat yang lalu saya telah pergi ke kampus untuk menghadiri mesyuarat Persatuan Bahasa Melayu. Semasa melalui satu kawasan pembinaan di sekitar bangunan Bilik E. Learning, saya telah terlihat satu papan tanda yang tertulis

"AWAS! PEMBINAAN SEDANG DI LAKSANAKAN".
Saya terus mengambil gambar papan tanda berkenaan sambil berkata 'Isy...kesalahan bahasa lagi". Sudah terlalu banyak saya melihat kesalahan bahasa yang terdapat di sekitar UPSI sama ada pada memo, iklan, banner yang telah diletakkan di stesyen bas dan papan tanda di sekitar kampus dan kolej kediaman UPSI. Saya melihat perkara ini perlu diambil tindakan dengan segera. 

Sebenarnya Persatuan Bahasa Melayu sudah lama melihat dan meneliti masalah "kesalahan bahasa" yang berlaku di sekitar UPSI ini. Kami juga telah merancang untuk menubuhkan "SKUAD CAKNA BAHASA" dengan kerjasama JHEP, UPSI bagi membanteras masalah ini. Di harap dengan tertubuhnya skuad ini, tidak akan berlaku lagilah kesalahan bahasa Melayu di sekitar UPSI dan mendidik para pelajar agar menggunakan bahasa Melayu yang betul.

"Bahasa Sendi Tamadun Bangsa"








No comments:

Post a Comment