CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, February 15, 2011

(^_^) Situasi 15: Moh, Ayuh, Mari


Assalamualaikum....

Sewaktu saya pulang dari makan, saya bersama rakan saya berjalan menuju ke foyer blok 3, Kolej Harun Aminurrashid, UPSI bagi menghadiri satu perjumpaan. Ketika dalam perjalanan menuju ke sana, saya melalui satu papan kenyataan dan kemudian saya terbaca mengenai satu notis di papan tersebut.

Moh...mari...bersama kita meriahkan Evoge 1Malaysia.

Perkataan "moh" membawa makna yang seerti dengan perkataan "mari","jom" dan  "ayuh". Terdetik di hati saya bahawa ada juga orang yang menggunakan perkataan "moh" di sini. Saya ingat hanya di tempat saya sahaja yang menggunakan perkataan tersebut. Saya memang jarang sekali mendengar orang lain menggunakan perkataan moh, jika mahu mengajak seseorang pergi ke sesuatu tempat kebiasaannya mereka lebih gemar menggunakan perkataan "mari", "jom", meungkin kerana sudah menjadi kebiasaan menggunakan perkataan tersebut. Namun berbeza dengan saya, saya sering juga menggunakan perkataan "moh" untuk mengajak seseorang. Perkataan "moh" memang nampak agak janggal digunakan kerana jarang digunakan oleh masyarakat kita. Memang setiap perkataan bahasa Melayu lazimnya mempunyai kata seerti atau sinonim dan perkataan yang bersinonim itu kebiasaannya hanya salah satu sahaja yang sering digunakan berbanding perkataan seertinya yang satu lagi. Seperti juga dengan perkataan "waima", masyarakat kita sering menggunakan perkataan "sama ada"  berbanding "waima" kerana sudah menjadi kebiasaan mereka menggunakan perkataan tersebut dalam komunikasi seharian. 




No comments:

Post a Comment