CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, February 17, 2011

(^_^) Situasi 16: Isu vs masalah




Assalamualaikum....

Semasa saya mengikuti kuliah Karya Agung bersama Profesor Emeritus Abdullah Hassan pagi tadi, prof ada menyatakan bahawa ramai dalam kalangan mahasiswa/wi UPSI yang masih banyak kelemahan dalam komunikasi terutamanya dalam penggunaan bahasa Melayu yang betul semasa proses komunikasi berlangsung. Prof banyak memberi teguran mengenai bahasa yang kurang enak dan tidak sesuai digunakan terutamanya dalam kalangan mahasiswa/wi yang bakal menjadi guru kelak. Prof mengaitkan perkara ini (kesalahan penggunaan bahasa) untuk membezakan definisi isu dengan masalah.

Kesalahan penggunaan bahasa dalam kalangan mahasiswa/wi dianggap sebagai satu isu (sesuatu perkara yang menyulitkan tetapi belum diselesaikan), namun isu ini akan menjadi masalah (sesuatu perkara yang perlu diselesaikan/dibendung) apabila kebiasaan melakukan kesalahan penggunaan bahasa Melayu masih lagi berlaku apabila mahasiswa/wi menjadi guru di sekolah kelak.

Prof mengambil contoh kebiasaan yang dituturkan oleh mahasiswa adalah menyingkatkan perkataan.Contohnya perkataan:

 dekat mana  =  katne

dengan siapa = ngan sape

pergi gi


Selain itu, kesalahan lain yang digunakan dalam situasi formal adalah penggunaan partikel "lah". Menurut prof partikel "lah" hanya boleh digunakan untuk memberi penegasan.Contohnya "dialah pencurinya" tetapi ia tidak sesuai digunakan jika bukan bertujuan untuk memberi penegasan. Contohnya,

(1) cerita tu bestlah

(2) beg tu tak cantiklah

(3) takpelah


Saya melihat isu ini wajar dibendung terutamanya memberi kesedaran dari dalam diri mahasiswa/wi itu sendiri kerana mereka adalah bakal pendidik. Mereka akan menjadi ikon kepada para pelajar di sekolah kelak. Paling penting, mereka akan berhadapan dengan para pelajar menggunakan bahasa sebagai perantara dalam komunikasi. Jika bahasa yang digunakan baik, baiklah bahasa yang digunakan pelajar. Tetapi jika buruk dan jelek bahasa yang digunakan maka buruk dan jelek jugalah bahasa yang digunakan oleh para pelajar nanti. Tambahan pula, bahasa Melayu adalah bahasa rasmi, kebangsaan negara Malaysia. Seharusnya semangat kecintaan terhadap negara bukan sahaja semangat dalam menegakkan negara daripada musuh tetapi juga semangat cintakan bahasa kebangsaan negara. Kecintaan terhadap bahasa boleh dilahirkan salah satunya dengan cara "menggunakan bahasa kita dengan sebaik-baiknya".



No comments:

Post a Comment