CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, February 14, 2011

(^_^) Situasi 11: Mimik muka menjengkelkan, sudah tahu isi hatinya




Assalamualaikum....

Saya ingin menceritakan mengenai pengalaman saya ketika saya pergi ke kedai Bahtera bersebelahan dengan kedai Nasi Kandar berdekatan dengan Kolej Harun Aminurrashid, UPSI. Semasa saya sedang membayar harga barangan yang telah saya beli, tiba-tiba "Aunty Cina" pemilik kedai tersebut berkata kepada saya:

Aunty: Pelajar-pelajar sini manyak sombong ar...
Saya: Kenapa aunty?
Aunty: Diorang (pelajar perempuan Melayu) tidak sopanla, bahasa manyak sombong oo...
Saya: Saya pelajar sini juga aunty.
Aunty: Awak lainlah...
Saya: Apa yang mereka buat?
Aunty: Selalu saya mintak duit kecik kat customers biasalah. Saya mintak duit kecik dekat itu budak, itu budak mahu marah ah...sombong ar..(sambil menunjukkan mimik muka seperti yang dibuat oleh pelanggannya tadi.)
Saya : (hanya tersengih)
Aunty: Ini semua yang keluar bakal cikgu ah?
Saya: Ha'ahlah aunty...semua cikgu...
Aunty: Haiyaaa....
Saya : Biasalah aunty, budak sekarang. Oklah aunty, saya pergi dulu.

Sebagai seorang pelajar dan juga bakal guru, saya melihat situasi ini sangat memalukan  sehingga ada pihak beranggapan bahawa pelajar di UPSI kurang sopan. Seelok-eloknya walau dengan sesiapa pun kita berhadapan, tidak kira bangsa atau agama, kita haruslah sentiasa beradap sopan dengan orang lain. Orang Melayu selalu dianggap sebagai bangsa yang paling sopan dan kaya dengan budi bahasa, tetapi kadang-kadang saya melihat orang yang berbangsa lain lagi beradab sopan jika berkomunikasi dengan orang lain. berbanding bangsa Melayu sendiri Tidak kira dalam percakapan, bahasa badan, mimik muka apabila berhadapan dengan orang lain, kita perlulah menunjukkan kesopan diri kita sebagai bangsa Melayu.Walaupun kita tidak mengeluarkan percakapan yang tidak sopan tetapi dari bahasa badan dan mimik muka kita orang boleh menilai isi hati tersirat kita. Seperti situasi di kedai tersebut, saya tidaklah mendengar percakapan antara aunty dan pelajar tersebut tetapi dari apa yang diceritakan oleh aunty, saya tahu pelajar perempuan yang dimaksudkan oleh aunty telah menunjukkan mimik muka yang tidak menyenangkan kepada aunty sehingga aunty berkata kepada saya bahawa pelajar itu sombong. Kan tidak elok bersikap demikian apatah lagi dihadapan orang yang lebih tua. Kita  harus menghormati sesama kita tidak kira usia, bangsa dan agama.


   :: Budi bahasa, budaya kita::





No comments:

Post a Comment