CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, February 12, 2011

(^_^) Situasi 8: Bahasa Pujukan perlu di KEWAJA




Assalamualaikum......


Pada hari Sabtu, 12 Februari 2011, saya bersama rakan-rakan sekumpulan bagi Kursus  Kesusasteraan Melayu Dalam Pembinaan Modal Insan telah membuat penyelidikan di Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (KEWAJA) di Batu Caves, Gombak. KEWAJA merupakan sebuah Pusat Integriti Dan Pembangunan Insan Hadhari yang diasaskan oleh Encik Yahya bin Mohamed Yusof dan Puan Ruzitah binti Bahrum. KEWAJAditubuhkan bertujuan untuk menyelamat, melindungi, membimbing, merawat remaja atau gadis dan wanita yang mengalami masalah pribadi atau sosial akibat aktiviti kehidupan yang tidak bermoral atau mangsa gejala sosial serta pergaulan bebas.

Tumpuan dan golongan sasaran KEWAJA adalah gadis remaja atau wanita yang hamil luar nikah dan melahirkan anak tidak sah taraf (anak tanpa bapa yang sah) termasuk juga ibu- ibu tunggal yang bermasalah dan golongan gadis remaja atau wanita yang ingin kembali ke pangkal jalan / kepangkuan masyarakat setelah terlibat dalam aktiviti hidup yang tidak bermoral atau pergaulan bebas serta mangsa keganasan seksual. Semua remaja dan wanita yang masuk ke pusat ini tdipanggil pelatih. Saya mendapat tahu semua pelatih memanggil Encik Yahya dan isterinya, ABAH dan MAMA....Saya melihat layanan Encik Yahya dengan pelatih di sana sangat baik dan mesra. 

Isu bahasa yang ingin saya sentuh kali ini adalah mengenai bahasa pujukan yang memang digunakan untuk pelatih KEWAJA. Bahasa pujukan bermula apabilla bagaimana ahli keluarga dan teman rapat memberi nasihat  dan pujukan mereka agar remaja atau wanita yang terlibat dengan masalah sosial tersebut terbuka hati untuk memasuki pusat tersebut. Kemudian bahasa pujukan turut digunakan oleh ABAH dan MAMA untuk memujuk, memberi nasihat, membimbing pelatih KEWAJA agar mengubah diri dan nasib mereka. Sudah tentulah untuk memberi nasihat dan bimbingan kepada seseorang kita perlulah menggunakan bahasa yang sopan dan halus, bahasa pujukan yang menarik sehingga mampu memberikan kesan emosi serta mampu mengubah sikap pelatih di KEWAJA untuk mengubah diri mereka menjadi seorang perempuan yang lebih baik di masa hadapan. Apabila saya dan rakan-rakan menemuramah Encik Yahya, kami difahamkan majoriti pelatih yang memasuki KEWAJA yang telah keluar dari pusat tersebut telah berubah dan menjadi seorang yang lebih baik serta tidak mengulangi kesilapan yang sama. Sekiranya kita terutamanya ibu bapa yang terlibat dengan situasi seperti ini, kita tidak seharusnya memarahi dan menggunakan kata-kata yang kesat kepada remaja atau anak perempuan mereka tkerana apa yang telah terjadi sememangnya telah terjadi. Seharusnya, apa yang perlu dilakukan adalah menghadapi mereka dengan tenang serta membantu mereka kerana mereka amat memerlukan bimbingan dan sokongan daripada kita. 

Saya difahamkan kebanyakan bayi yang dibuang dan dijumpai dalam keadaan berulat atau telah mati kebiasaannya, ibu yang membuang bayi tersebut datang dan melakukan perbuatan tersebut dalam keadaan seorang diri tetapi jika bayi yang dijumpai dalam keadaan bayi di balut dengan kain dan sebagainya, biasanya ibu bukan berseorangan tetapi sebaliknya datang bersama teman. Sebagai sahabat, sebagai keluarga apabila kita menghadapi keadaan ini kita harus menerima teman kita, anak kita tersebut dengan redha dan membantu mereka agar di kemudian hari mereka tidak melakukan tindakan yang lebih buruk seperti membunuh diri/ bayi dalam kandungan dan sebagainya. 

Oleh sebab itulah, saya berpendapat bahawa bahasa pujukan memang sangat diperlukan bagi menghadapi pelatih di KEWAJA agar apabila mereka keluar dari pusat tersebut,mereka tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Selain itu, yang paling utama yang diamalkan di KEWAJA adalah mendekatkan diri para pelatih dengan ilmu agama Islam bagi menyucikan hati dan diri mereka dari noda dan dosa.


:: Terima Kasih kepada Encik Yahya dan semua pelatih yang telah memberi kerjasama kepada kami untuk membuat penyelidikan di sana. Semua pelatih di sana sangat peramah dan melayan kami dengan baik. Saya berharap, semua warga KEWAJA dilindungi Allah S.W.T sentiasa ::





No comments:

Post a Comment