CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, February 5, 2011

(^_^) Situasi 4: Tidak tahu atau sengaja???




Assalamualaikum....

Saya ingin menceritakan mengenai pengalaman saya ketika menikmati makan malam di sebuah gerai makan di sekitar Tg. Malim. Semasa sedang duduk menunggu makanan saya terdengar suara anak kecil berkata kepada bapanya. Budak itu berumur dalam lingkungan lima atau enam tahun mungkin.

Anak kecil: Papa, tengok tu. (menunjukkan ke arah papan tanda menu minuman di kedai tersebut)
Bapa: Kakak tengok apa?
Anak kecil: Kakak baca tulisan tu tulis Appel. Appel tu buahkan papa? Sambil membaca tulisan di papan tanda menu minuman tersebut..eppal, nenas, tembikai...Orang tu salah tulislah papa. Cikgu ajar kat sekolah tulis epal "E-P-A-L...dalam buku kakak pun tulis macam tu. Kenapa kat situ eja
"A-P-P-E-L?

Saya yang melihat situasi berkenaan amat tertarik kerana budak sekecil itupun dapat melihat kesalahan yang dieja pada papan tanda tersebut. Betapa pekanya mata seorang kanak-kanak. Saya berasa sedikit kecewa kerana pada saya tidak sewajarnya kita melakukan kesalahan ejaan di tempat sebegitu kerana ia semestinya akan dibaca oleh pelanggan yang datang. Sepatutnya perkataan epal tersebut harus dieja dengan betul. Saya tidak mengetahui sama ada perkataan tersebut sengaja dieja begitu atau tidak tahu ejaan yang betul. Sebagai orang dewasa tidak seharusnya menunjukkan contoh yang tidak baik kerana ia menjadi ikutan kanak-kanak. Seharusnya kita perlu tahu bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi kita sebagai rakyat Malaysia. Mungkin jika kita menyebut perkataan "epal" dan "appel" akan mengeluarkan bunyi yang sama tetapi tetapi jika terpapar dalam bentuk tulisan sebegitu sudah tentu ia menampakkan satu kesalahan bahasa yang tidak wajar dilakukan.

Jika kita melihat memang sudah menjadi budaya terutamanya orang muda apabila menghantar sms atau khidmat pesanan ringkas mereka suka menyingkatkan perkataan atau mengeja perkataan dengan ejaan yang salah. Jika menulis di laman-laman sosial seperti facebook dan sebagainya memang kebiasaannya mereka sengaja mengeja perkataan dengan ejaan yang salah. Ia seperti sudah menjadi trend golongan ini menulis dengan ejaan demikian. Contohnya perkataan "mesej" jadi "mecet", perkataan tidak mahu menjadi "xmo" dan banyak lagi. Kesalahan penggunaan bahasa, ejaan sebenarnya kini dilihat sukar untuk dibendung kerana susah menjadi seperti rutin dan kebiasaan dalam perhubungan sosial. Saya bimbang, jika perkara ini tidak dibendung ia akan menjadi semakin teruk dan akan menjadi kebiasaan terutama kepada para pelajar menulis dengan ejaan yang salah. Kebiasaan menulis dengan ejaan yang salam dalam komunikasi seharian terutamanya dengan rakan-rakan menjadikan mereka lupa cara untuk mengeja perkatan dan menggunakan bahasa yang betul dalam menulis karangan atau bentuk penulisna lain yang bersifat akademik.


No comments:

Post a Comment