CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, February 14, 2011

(^_^) Situasi 10: Bahasa puitis membosankan




Assalamualaikum....

Kali ini saya ingin mengulas serba sedikit mengenai bahasa puitis yang digunakan di dalam karya sastera  terutamanya novel-novel. Saya ada meminjam sebuah novel yang ditulis oleh seorang penulis yang agak tersohor dan berpengalaman lama dalam dunia sastera. Novel tersebut sudah lama diterbitkan dan telah dihasilkan lama. Pada saya, bahasa yang digunakan dalam novel tersebut terlalu puitis dan berbunga-bunga sehingga saya sendiri sukar untuk mentafsirkan maksud sebenar yang ingin disampaikan dalam novel tersebut.  Apabila saya membaca 3 hingga 4 muka surat novel tersebut, saya akan merasa bosan atau tertidur malah  saya telah menghentikan pembacaan saya kerana bosan membaca novel tersebut. Apa yang mahu diceritakan dalam novel tersebut adalah perkara dan peristiwa yang cukup mudah tetapi penggunaan diksi-diksi yang terlalu rumit dan ayat yang begitu puitis membuatkan pembaca sukar untuk memahami peristiwa atau isu ang dibangkitkan dalam novel tersebut. Mungkin penggunaaan bahasa yang terlalu puitis yang digunakan dalam kebayakan novel lama menyebabkan generasi muda pada masa sekarang lebih gemar membaca novel-novel yang ditulis oleh penulis baru kerana tema dan jalan cerita disampaikan dengan bahasa dan penggunaan diksi yang lebih mudah untuk difahami.

Saya tidak nafikan, saya lebih suka membaca novel-novel yang ditulis oleh penulis baru berbanding penulis veteran yang sudah lama berkecimpung dalam dunia penulisan. Saya juga tidak nafikan bahawa penulis lama kebanyakannya menghasilkan karya yang lebih bermutu tetapi upada saya untuk mendidik minat generasi muda mengamalkan budaya membaca. penggunaan diksi yang lebih mudah difahami haruslah digunakan terutamanya dalam genre novel kerana novel adalah cerita panjang. Sekiranya dari awal lagi apabila kita membaca sesebuah novel tetapi apa yang kita baca sukar untuk difahami sudah tentu pembacaan kita akan terhenti  tetapi sebaliknya jika bahasa yang dgunakan mudah difahami ditambah lagi dengan jalan cerita yang menarik sudah tentulah kita lebih seronok membaca dan akan membacanya sehingga habis.

   "Bangsa membaca, bangsa berjaya"






1 comment: