CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, February 10, 2011

(^_^) Situasi 6: Bahasa isyarat




Assalamualaikum.....

Baru-baru ini saya telah membaca satu berita di akhbar kosmo yang bertajuk "Sulam Cinta Dengan Bahasa Isyarat". Ia menceritakan mengenai sepasang suami isteri yang telah berkahwin di mana si suami adalah seorang yang cacat pendengaran dan bisu manakala si isteri pula seorang yang normal. Walaupun si suami seorang yang cacat pendengaran dan bisu namun ia tidak menghalang mereka untuk berkomunikasi dengan baik kerana si isteri telah menunjukkan kesungguhannya dengan belajar bahasa sehingga benar-benar mahir selama 5 tahun. Menceritakan pengalaman mempunyai anak, si suami menceritakan bagaimana pada awalnya dia tidak yakin untuk menjaga anaknya ketika ketiadaan isterinya kerana dia tidak dapat mendengar anaknya menangis jika mhukan sesuatu dan sebagainya. Namun, setelah dua tahun barulah dia yakin menjaga anaknya. Mereka telah mendidik anak sejak kecil supaya mempelajari bahasa isyarat walaupun anak mereka seorang yang normal. Apabila anak mereka mahukan susu, anaknya akan menunjukkan isyarat menggenggam tangan. Pada saya ia adalah keistimewaan yang dimiliki oleh keluarga ini.




sekadar hiasan

Saya teringat pula, pada cuti raya Cina yang lepas saya telah menonton satu rancangan televisyen iaitu drama Melayu yang ditayangkan di TV2 sempena Tahun Baru Cina. Cerita itu mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki Melayu dan seorang kanak-kanak perempuan Cina yang berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat kerana kedua-dua kanak-kanak itu cacat pendengaran dan bisu. Kanak-kanak perempuan Cina tersebut tidak pandai menulis manakala kanak-kanak lelaki tersebut pula seorang yang bijak dan pandai menulis. Hal ini kerana, ibubapa kanak-kanak lelaki tersebut memberi peluang kepada anak mereka untuk belajar seperti kanak-kanak normal yang lain. Bapa kanak-kanak Cina perempuan itu tidak memberi peluang kepada anak mereka untuk belajar sedangkan anak mereka juga mempunyai hak seperti kanak-kanak normal lain.

Bayangkanlah sekiranya mereka tidak menggunakan bahasa isyarat , mesti sukar untuk mereka berdua berkomunikasi kerana sukar bagi kanak-kanak Melayu dan Cina berkomunikasi antara mereka kerana mereka mempunyai bahasa ibunda yang berlainan. Apabila saya menonton cerita tersebut, terbit difikiran saya bagaimanakah mereka boleh mempelajari dan menguasai bahasa isyarat tersebut dan bagaimanakah orang-orang disekeliling mereka seperti ahli keluarga mereka yang normal mempelajari bahasa isyarat tersebut?

Pada pendapat saya, bagi seorang ibubapa mereka perlulah juga belajar dan tahu cara untuk berkomunikasi dengan anak istimewa. Sejak dari mereka kecil lagi mereka perlu tahu dan belajar bahasa isyarat supaya komunikasi dan pembesaran anak-anak tidak terbatas disebabkan ketidakmampuan anak mereka untuk bertutur seperti orang lain.




No comments:

Post a Comment