CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, February 12, 2011

(^_^) Situasi 7: Bahasa Inggeris diagung-agungkan


 


Assalamualaikum....


Sepanjang minggu, kebiasaannya saya akan pergi ke kuliah di waktu pagi kerana jadual saya banyak kelas pagi. Kebiasaannya saya akan ke kuliah menaiki kereta. Sepanjang perjalanan ke kuliah saya akan mendengar radio. Selalunya saya akan ketawa sakan dalam kereta apabila mendengar sebuah rancangan "Can I Help You" di sebuah stesyen radio. Bila dengar rancangan itu memang saya akan gelak sakanlah. DJ radio yang mengendalikan rancangan tu memang sangat hipokritlah. Memang pandai mengenakan orang yang tak pandai berbahasa Inggeris dengan baik.Macam-macamlah perkataan yang keluar dari "orang yang terkena". Kadang-kadang ayat tu bila dengar memang lawak sangatlah. Bercampur-baur perkataan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayunya...Ada juga bila yang dah tak tahu sangat nak cakap bahasa Inggeris akan terus letak telefon...Haahaa...Memang lawak...

Saya tak nafikan, memang rancangan tu amat menghiburkan hati saya dan akan menceriakan hati saya setiap pagi...Tetapi saya juga terfikir, apalah yang diagung-agungkan sangat dengan bahasa Inggeris sehingga orang yang tidak pandai berbahasa Inggeris dengan baik digelak dan ditertawakan...Majoritinya orang yang dikenakan adalah orang Melayu, malah DJ radio itu sendiri orang Melayu. Sepatutnya kita patut menggelakkan orang yang tidak pandai berbahasa Melayu dengan baik kerana bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di Malaysia. Saya percaya, sebenarnya ada ramai lagi orang di Malaysia yang kebiasaannya yang sudah terbiasa berkomunikasi dalam bahasa Inggeris tidak pandai berbahasa Melayu dengan baik. Sepatutnya orang sebegini yang patut malu dengan sendiri. Kita sepatutnya memartabatkan bahasa kita sendiri bukan mengagung-agungkan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.

Saya melihat, situasi sekarang memang orang yang tahu berbahasa Inggeris dengan baik amat dihormati dan diagung-agungkan. Tetapi cuba kita fikir, adakah orang yang fasih berbahasa Inggeris itu fasih berbahasa Melayu walaupun dia orang Melayu? Fikir-fikirkanlah.....

"Bahasa Sendi Tamadun Bangsa"



No comments:

Post a Comment