CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, February 14, 2011

(^_^) Situasi 12: Siapa makan cili dia terasa pedasnya




Assalamulaikum....

Saya ingin menceritakan mengenai pengalaman rakan sebilik saya. Pada suatu malam semasa dia sedang melayari facebook, seorang lelaki telah menghantar mesej mengatakan "hai" kepadanya di dalam laman sembang. Tetapi rakan saya tidak layan. Bukan itu sahaja, terdapat seorang lagi lelaki yang mengganggunya pada malam itu di laman sembang tetapi dia tidak melayan kerana sedang membuat tugasan. Kemudian rakan saya itu membuat komen di halaman profilnya:

"Saya tidak suka orang yang saya tak kenal ganggu saya, offline kang!"

Kemudian tiba-tiba, lelaki yang mengganggunya tadi memarahinya.

"Hek eleh, nak offline konon. Bajet lawa. Sombong.

Kemudian, rakan saya membalas komen lelaki tersebut.

"Kenapa nak terasa pulak."

Kemudian budak lelaki tersebut terus memarahinya dengan bahasa yang kurang sopan beraku, kau". Saya ingin mengulas di sini mengenai peribahasa Melayu "siapa makan cili, dia terasa pedasnya". Memang tepat sekalilah dengan situasi yang berlaku pada kawan saya tersebut. Lelaki tersebut terasa dengan komen yang ditulis oleh rakan saya di halaman profilnya sehingga menimbulkan kemarahan hati  lelaki tersebut. Begitu pandainya masyarakat Melayu pada zaman dahulu mencipta puisi yang begitu dalam maknanya. Falsafah yang terkandung di dalam setiap puisi Melayu begitu tinggi nilainya kerana falsafahnya sangat bertepatan dengan situasi yang berlaku dalam kehidupan masyarakat kita dari dahulu hingga sekarang. 





No comments:

Post a Comment