CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, February 15, 2011

(^_^) Situasi 14: Bahasa rahsia /bahasa ciptaan sendiri



Assalamualaikum...

Saya nak cerita sedikit mengenai pengalaman saya di sekolah dahulu. Saya dan rakan-rakan sering menggunakan bahasa rahsia kami terutamanya ketika ingin bercakap mengenai sesuatu perkara yang tidak boleh diketahui oleh orang lain. Dan sampai sekarang saya rasa, bahasa rahsia ini masih digunakan terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah terutamanya pelajar perempuan. Sewaktu di sekolah dahulu saya dan rakan-rakan menggunakan bahasa rahsia "f"..

Contoh ayatnya:
Aku tak suka dialah. Dia jahat. Sombong. (bahasa Melayu biasa)
Afakufu takfak sufukafa difiafalahfah. Difiafa jafahatfat. Somfongbongfong. (bahasa rahsia)

Bahasa rahsia ini dituturkan dengan cara meletakkan bunyi yang berunsur "f" di belakang setiap suku kata perkataan mengikut bunyi suku kata tersebut. Saya tidak tahu bagaimana bahasa ini boleh wujud. Saya rasa bahasa ini diwujudkan oleh pihak tertentu sebagai bahasa rahsia yang digunakan dalam kelompok mereka supaya apa yang ingin mereka katakan tidak difahami oleh orang lain. Hanya kelompok yang tahu menggunakan bahasa rahsia tersebut sahaja yang memahami apa yang rakan mereka katakan. Sebenarnya banyak lagi bahasa rahsia yang digunakan seperti menyingkatkan perkataan. Contohnya:

keman kit har ni? (Ke mana kita hari ini)

Bagi mereka yang sememangnya sudah mahir menggunakan bahasa ini, walaupun dituturkan dengan cepat tetapi ia masih boleh difahami. Tetapi bagi mereka yang tidak faham bahasa ini, sememangnya memang tidak akan memahami sehingga menganggap apa yang dituturkan oleh kelompok tersebut sangat pelik.

Pada saya, inilah salah satu keunikan bahasa Melayu kerana dari huruf, kosa kata bahasa Melayu  boleh menerbitkan pelbagai kod bahasa rahsia yang lain. Tetapi perlu diingat, sebagai penutur bahasa Melayu sayangilah bahasa kita. Gunakanlah bahasa kita dengan sebetul-betulnya.



No comments:

Post a Comment