CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, January 19, 2011

(^_^) Isu 3: Budi bahasa amalan di kaunter




Assalamualaikum...

Hari ini merupakan hari Rabu dan seperti minggu-minggu yang sebelumnya setiap hari Rabu saya tidak mempunyai kuliah. Jadi hari ini saya gunakan sebaik mungkin untuk berehat, membuat tugasan dan sebagainya. Hari ini saya telah meluangkan masa untuk mencari bahan di perpustakaan UPSI. Saya bersama rakan telah masuk ke bahagian tesis dan buku teks di mana bahan rujukan tersebut semuanya tidak boleh dipinjam. Tujuan saya ke situ adalah untuk meminjam buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 sebagai rujukan tugasan 'microteaching' saya. Selepas mencari buku teks tersebut saya keluar dari bilik simpanan buku tersebut dan meminta izin pekerja yang bertugas untuk mencetak/fotostat bahan bacaan tersebut. Saya mengalami masalah kerana tidak mempunyai kad untuk mencetak /fotostat buku tersebut kerana pekerja yang bertugas di bahagian bilik fotostat telah pulang. Jadi saya bertanya di kaunter pertanyaan di bahagian pintu masuk perpustakaan.

Semasa saya bertanyakan kepada pekerja tersebut, datang pula seorang pekerja/ pegawai wanita lain. Mereka melayan saya dengan sopan dan baik. Soalan saya :

" Kak, tumpang tanya macam mana saya nak dapatkan kad untuk fotostat bahan bacaan di sini?"

Kemudian, pekerja tersebut menyatakan bahawa kad tersebut hanya boleh diperoleh di bilik fotostat atau di kaunter pengawal di hadapan perpustakaan. Namun pada masa itu, pengawal dan pekerja di dalam bilik fotostat tersebut telah pulang. Kemudian, petugas wanita yang seorang lagi berkata kepada saya .

" Maaf ye dik, tak apa nanti kita akan usulkan supaya kad fotostat diletakkan di hadapan kaunter ini'.

Di dalam hati saya berkata, "kakak ini sangat baik dan prihatin". Saya teringat mengenai satu program yang akan jalankan oleh Persatuan Bahasa Melayu UPSI bersama Fakulti Bahasa iaitu "Budi Bahasa Amalan di Kaunter". Apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah saya telah banyak berurusan dengan pegawai bertugas di kaunter-kaunter pertanyaan di pelbagai agensi dan pejabat, kadang-kadang saya dilayan dengan bahasa yang kurang sopan padahal saya bertanya dengan sopan. Saya tidak menyalahkan mereka mungkin mereka penat bekerja dan melayan kerenah pelanggan, namun pada saya berbudi bahasa itu penting. Walaupun penat bekerja namun, budi bahasa perlu diutamakan.


"Budi Bahasa Budaya Kita"


1 comment: