CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Friday, January 14, 2011

(^_^) Kesibukanku




Assalamualaikum...

Erm..saya ingin bercerita sedikit mengenai kesibukan saya semester ni. Memang betul kata 'senior', semakin tinggi semester semakin banyak tugasan. Saya jenis seorang yang tidak boleh menghadapi tekanan. Apabila kepala kepala sudah berat dengan pelbagai benda, saya lebih senang menghilangkan tension saya dengan menangis. Tapi sem ni saya sudah mampu dan semakin boleh mengawal keadaan diri. Memang tidak dapat dinafikan saya semakin sibuk dengan tugasan yang berlambak-lambak dan boleh dikatakan tiap-tiap minggu setiap pensyarah akan memberikan tugasan. Oleh sebab itu, kerja saya memang tak boleh bertangguh. Kalau semester yang lepas apabila sudah dekat dengan tarikh untuk menghantar tugasan  yang telah ditetapkan oleh pensyarah, barulah saya mula menyibukkan diri membuat tugasan tersebut. Tapi semester ini tidak lagi. Perangai yang dahulunya suka membuat kerja disaat-saat akhir telah cuba saya buang.

Kadang-kadang saya mengeluh. Tetapi itu rasanya adalah perkara biasa bagi seorang pelajar seperti saya. Selain memikirkan mengenai tugasan saya juga terpaksa memikirkan persatuan. Saya merupakan salah seorang majlis tertinggi dalam persatuan. Saya memegang jawatan sebagai Ahli jawatankuasa Biro Perhubungan dan Lawatan. Boleh dikatakan bahawa persatuan kami pada sidang kali ni memang nampaknya bergerak aktif mengalahkan pelari pecut negara...hahaha. Tapi, perkara ini memang betul. Berbanding sidang yang terdahulu, persatuan memang nampak tidak bermaya/ tidak aktif. Semester kami cuba tunjukkan bahawa persatuan kami bergerak  aktif dengan pelbagai program dan aktiviti sama ada yang melibatkan ahli persatuan dan juga seluruh kampus. Dan lagi satu,  apabila penasihat persatuan sudah bertukar lagilah banyak perubahan yang dilakukan, penasihat persatuan yang baru meminta kami menukar logo dan slogan persatuan. Selain itu, bermacam-macam lagi aktiviti yang telah dicadangkan oleh penasihat persatuan. Kadang-kadang kami rasa tertekan pun ada tapi sabar jela. Jujur saya katakan bahawa saya kurang selesa dengan penasihat persatuan yang baru kerana kebanyakan aktiviti yang beliau cadangkan kalau boleh dilaksanakan secepat mungkin sedangkan kami mempunyai komitmen terhadap program yang lain yang bakal dilaksanakan oleh kami. Ini hanyalah sekadar luahan perasaan. Amanah yang diberi akan cuba saya laksanakan dengan baik.

Walaupun penasihat persatuan kami banyak merancang program baru dan menyuruh kami laksanakan program-program tersebut, namun program telah kami rancang sebelum ini tetap kami teruskan, alhamdulillah kertas kerja untuk program-program yang dirancang telah diluluskan oleh HEP, cuma perlu diperbaiki sedikit dan diperincikan lagi.  Dan yang terbaru ini, persatuan kami mengadakan jualan untuk menambah pendapatan, kami telah menjual 'ice blended'...Alhamdulillah memang laku jualannya dan InsyaAllah jualan ini akan diteruskan untuk menambah pendapatan persatuan. Diharap semua ahli persatuan, sokonglah perjuangan kami.


No comments:

Post a Comment