CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, March 16, 2011

(^_^) Situasi 29: FK dan FN



Assalamualaikum….
Kali ini saya ingin menceritakan mengenai pengalaman saya membaca sebuah novel iaitu novel “Daun” karya Malim Ghozali PK. Novel ini sememangnya sangat penarik dan menguji pemikiran pembaca. Namun apa yang ingin saya kongsikan adalah semasa saya membaca novel ini saya lihat terdapat kesalahan bahasa yang digunakan di dalam novel ini iaitu pada muka surat 93…Berikut petikannya:
“Sebelum menapak semula untuk mengumpulkan susu, nenek biasanya akan menanak pulut, yang dimakan bersama-sama goreng ikan gelama”
Kesalahan bahasa yang terdapat pada petikan di atas adalah pada penggunaan frasa ‘goreng ikan gelama’. Frasa yang betul adalah ‘ikan goreng gelama’ kerana berdasarkan konteks ayat di atas apa yang ingin diperkatakan adalah merujuk sesuatu nama dan bukannya perbuatan. Jadi, ayat di atas yang digunakan dalam novel ini dianggap tidak gramatis  dan menyalahi hukum tatabahasa. 

No comments:

Post a Comment