CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, March 5, 2011

(^_^) Situasi 20: Mengetip



Assalamualaikum...

Saya ingin menceritakan mengenai satu istilah yang sering digunakan kita gunakan. Istilah tersebut adalah "mengetip". Suatu hari saya pergi ke bilik kawan saya. Saya bertanya kepadanya:

"Kau watpe?

Kemudian kawan saya menjawab:

Ni ha tengah mengetip kuku.

Saya hanya mengangguk. Kemudian saya terfikir akan istilah "mengetip" yang dia gunakan. Jikalau di tempat saya istilah mengetip tu juga merujuk kepada seseorang yang bersifat gatal dan gedik. Kadang-kadang saya pernah mendengar ibu saya menggunakan istilah tersebut yang membawa maksud sesorang yang gatal dan gedik.

Apabila saya merujuk kamus dewan, maksud perkataan "mengetip" adalah  "menggigit, mencubit( tidak kuat-kuat), memotong atau mengerat kuku"

Terfikir pula saya, bagaimana masyarakat kita menggunakan perkataan yang sama dalam kamus tetapi menunjukkan makna yang berlainan daripada makna kamus. Saya telah membuat andaian saya sendiri bahawa mungkin maksud perkataan itu terbit dengan menganalogikan sesuatu perkataan itu dengan satu yang lain. Perkataan mengetip terbit dari kata dasar "ketip".Di dalam kamus dewan, jika kita mencari kata dasar "ketip" terdapat pelbagai perkataan lain yang wajud dari kata dasar "ketip" iaitu "pengetip", ketip-ketip" dan lain-lain. Saya kemudian mengandaikan bahawa istilah "mengetip" yang membawa makna gatal atau gedik, maknanya itu lahir dengan menganalogikan perkataan itu dengan maksud perkataan "pengetip" yang membawa maksud gigitan binatang-binatang kecil seperti agas dan lain-lain. Cuba kita fikirkan bahawa sifat agas yang suka menggigit itu boleh dibaratkan seperti seorang manusia yang gatal. Mungkin itulah analoginya. Itu hanya andaian saya sahaja kerana saya melihat bahawa banyak perkataan lain yang digunakan oleh masyarakat kita tetapi tidak terdapat dalam kamus dewan. Mungkin, kita boleh membuat kajian tentang perkara ini.

No comments:

Post a Comment