CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, March 16, 2011

(^_^) Situasi 24:Rupa-rupanya bahasa jawa




Assalamualaikum….

Terlintas untuk saya berbicara mengenai bahasa jawa pada entri kali ini kerana teringat pengalaman saya ketika saya bersama seorang rakan makan di sebuah kedai iaitu Kedai Abuya. Kebanyakan pekerja kedai itu datang dari Indonesia dan salah seorangnya dari Tanah Jawa. Semasa saya sedang memesan makanan di kedai tersebut, pekerja di kedai tersebut yang membahasakan dirinya ummi bertanya saya. Begini dialog kami:


Saya: Ummi, saya nak nasi putih dengan ayam masak paprik.
Kawan: Saya nak nasi lemak ummi.
Ummi: Ok, air?
Saya: Aaa…susu ais.

(kemudian kami pun senyap sebab kawan saya tu tidak memesan air kerana ingin minum air masak sahaja. Memang sudah menjadi kebiasaan di kedai tersebut, para pelanggan yang inginkan air masak hanya perlu ambil sendiri di dalam bekas yang telah disediakan.
Apabila kami hanya berdiam, umi pun bertanya dengan bahasa jawanya.

Ummi: Siji? Loro?
Saya: Haa? Apanya?
Ummi: Airnya…
Saya: Oo…siji aje…

Kebetulan saya adalah orang Johor, walaupun bukan berketurunan jawa tetapi saya tahu sedikit sebanyak mengenai bahasa Jawa kerana orang Jawa banyak terdapat di Johor.
Apa yang ingin saya utarakan di sini adalah bagi saya bahasa Jawa ini sangat unik, kadang-kadang di sebabkan oleh persekitaran saya yang dikelilingi oleh orang Jawa, secara tidak langsung saya turut menggunakan bahasa tersebut kerana kebiasaan.
Saya ada membaca sebuah laman di internet mengenai ‘Belajar Bahasa Jawa”. Apabila membaca ruangan tersebut, barulah saya tahu bahawa ada sesetengah perkataan yang saya gunakan sebenarnya bukanlah perkataan Melayu tetapi sebenarnya perkataan Jawa. Contohnya:

JAWA
MELAYU
Lonjong
Bujur
Wangi
Harum
Bacin
Busuk
Pait
Pahit

Seperti perkataan ‘lonjong’ dan ‘wangi’, saya sering menggunakan perkataan tersebut berbanding menggunakan perkataan ‘bujur’ dan ‘harum’. Mungkin faktor persekitaranlah yang membuatkan saya kadang-kadang menggunakan bahasa Jaw tanpa saya sendiri bahawa perkataan tersebut bukan perkataan bahasa Melayu. 



No comments:

Post a Comment