CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Ceritera Seorang Aku ::

create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, August 15, 2011

:: Hidup Semakin Terhimpit ::



Assalamualaikum....

Petang ini aku rasa ingin menulis sesuatu yang membuatkan hati dan fikiranku runsing...Orang kata kalau ada wang hati pun senang...memang betul....Aku tahu hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi aku menghabiskan praktikumku di SMKS3...Kewangan menjadi masalah utamaku sekarang ni....Memang sepanjang praktikum ni aku memerlukan wang yang banyak...Bukan untuk aku berjoli membeli kehendak diri yang sememangnya tidak penting...Tetapi wang itu aku belanjakan untuk keperluanku....Sepanjang praktikum ni sudah banyak wang mak ayah aku habiskan...Wang yang aku dapat aku gunakan sebaik mungkin....untuk makan, beli keperluan alat bantu mengajar...isi minyak motor dan untuk perkara yang aku rasakan benar-benar penting...Aku tak gunakan wang untuk membeli baju baru, tudung baru...kasut baru...beg tangan baru...bukan itu yang aku beli..Bukan!!!!

Memang begitu sempit dan terhimpitnya kehidupan aku di sini...Susah senang hidup aku di sini hanya teman susah senangku sahaja yang tahu....Norehsan Arif Bin Mohammad Yusop...Selama ni kami berkongsi susah senang bersama...bermula dari sem 1 sehinggalah sekarang...hanya dia insan yang paling dekat dan sedia menemani aku tak kira aku sedang sedih atau gembira...susah atau senang...Terima kasih abang.....Macam-macam dugaan yang kami lalui yang orang lain tak tahu....Nampak macam kehidupan kami senang...mampu  membeli kereta tapi kami beli kereta (Viva) tu pun sebab fikir masa depan...kami tak mahu wang biasiswa yang kami dapat secara percuma dihabiskan macam tu sahaja...kalau boleh kami mahu wang tersebut digunakan untuk sesuatu yang memberi kemudahan dan memberi manfaat kepada kami....Dengan adanya kereta tu kami boleh balik ke kampung halaman tanpa menyusahkan mak ayah untuk menjemput...Serius..bayaran bulanan kereta tu pun memang kami bayar menggunakan wang biasiswa yang kami dapat....bukan mak ayah kami yang bayar...Kami memang berazam untuk menggunakan wang sendiri...Lagipun kami membeli kereta tu atas persetujuan kedua-dua keluarga...Kereta itu dibeli atas nama ayahku dan bantuan abang Ehsan...

Sememangnya aku bukan dari keluarga yang senang...Apa yang menyedihkan, sepanjang praktikum ni wang biasiswa kami tidak dibayar mengikut bayaran yang sepatutnya...kehidupan aku bertambah sesak...Nak tak nak terpaksa aku meminjam wang daripada mak ayah aku...Tapi aku dah berniat dalam hati aku akan bayar balik wang yang aku pinjam dari mak ayah aku secepat mungkin...aku tahu mereka dah banyak berhabis wang untuk aku...dan aku tahu apa yang telah mereka beri takkan mampu aku balas sampai aku mati...Tapi Ya Allah, izinkan aku melihat dan menunaikan hasratku untuk melihat mak dan ayahku merasa duit hasil titik peluhku....untuk kesenangan mereka...



 Keluarga yang amat aku sayangi

Teman susah senangku (kekasihku-Ehsan)

Dan satu lagi sepanjang praktikum ni...alhamdulillah aku dikurniakan kawan yang amat memahami kesusahanku, Noor Aidah Bin Mohammad atau lebih senang dipanggil Aida...Susah senang kami bersama....Macam-macam dugaan yang kami terpaksa tempuhi sepanjang praktikum ni....Kehidupan kami memang sama-sama susah sebab kami bukan dilahirkan dari keluarga yang senang...tapi dari keluarga yang berpendapatan sederhana...Nak tahu apa pengalaman aku dan sahabatku ini...(roomateku)???

Kami ke sekolah menaiki motorsikal...Kalau hujan, kalau moto rosak cmne??? Ermmm...kami pernah lalui tu semua...Kami pernah berjalan kaki dalam kepanasan kerana motor rosak...Pernah juga dihantar oleh jiran kerana masalah yang sama..Nasiblah kami diberi jiran (sebelah kanan) yang baik...Kalau hari hujan kerisauan mula melanda...semua itu kami lalui dengan tabah dan kami anggap itu semua satu pengalaman yang orang lain takkan dapat merasainya....


Sahabatku, Aidah.....

Ke mana-mana kami pergi dengan motor yang satu tu (Nouvo)..Dalam kesesakan lalu lintas..di tengah-tengah bandar...Pernah di hon oleh kenderaan lain...banyak kali...Kami memggadaikan nyawa kami semata-mata mahu menghabiskan praktikum...Misi kami hanya satu...mahu menggalas tugas sebagai seorang guru praktikal dengan sabar dan tabah....Memang itu semua satu pengalaman yang berharga...


Inilah moto yang selalu dibawa ke mana-mana sepanjang praktikum (Jasamu kukenang)

Apa lagi masalah yang kami hadapi.??..printer rosak?? Itupun pernah kami alami...Pada kami sepanjang praktikum ni..moto dan printer adalah harta kami yang paling berharga.....masa printer kami rosak tu kebetulan pensyarah kami mahu datang menyelia...Alangkah susahnya hati kami...macam manalah nak sediakan bahan untuk pengajaran semasa diselia nanti...Tetapi alhamdulillah...dengan bantuan pakweku sekali lagi (Ehsan)...Dia dan rakan-rakan serumahnya (Fazil, Fawiz, Hafiz, Iqbal, Imran, Sidi dan Johnstone) membenarkan kami meminjam printer mereka...dan terima kasih kerana kalian juga telah membawa aku dan Aida berjalan-jalan menenangkan hati yang duka lara pada malam itu (Misi menjejak kubu A Famosa)...Alhamdulillah Ya Allah kerana aku dikurniakan para sahabat yang baik...Terima kasih sahabat......Tidak lupa bukan rakan serumahku yang sudi mendengar keluh kesah hatiku (Didi, Tiqa, Pija, Ayu dan Aini)...Kenangan bersama kalian sepanjang praktikum ni tidak akan aku lupakan...

~Terima Kasih Ya Allah....Walau DUGAAN yang KAU beri namun aku tetap bersyukur kerana KAU turut memberikan aku satu ANUGERAH (keluarga dan sahabat yang baik)...Alhamdulillah~




No comments:

Post a Comment